Skip to main content

Posts

Showing posts with the label self help

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Cried

I cried watching this. (Menangis aku melihatnya.) It sums up in a way what I try to tell myself and fellow women out there too. (Sesuatu yang tepat sekali merumuskan apa yang cuba kuberitahu kepada diri dan wanita di luar sana.) At the age of attaining perfect skin, perfect figure, perfect everything - we lose sight of how it traumatised everyday women watching the ‘perfection’.  (Di zaman mengejar kulit yang sempurna, bentuk badan sempurna - kita terlepas pandang bagaimana ianya mencetus trauma kepada wanita biasa yang menonton ‘kesempurnaan’ tersebut.) ALL of us are everyday women. We must never forget that.  (Jangan lupa - KITA SEMUALAH wanita biasa tu.) Don’t let the definition of beauty narrows - especially among us women. (Jangan benarkan definisi cantik seseorang perempuan disempit - terutama dari kalangan perempuan sendiri.)  #empower Note: I’ve edited the post to have Malay translation in the brackets.

5 Sebab Cetus Gembira

Rasa Disayangi Gembira itu boleh tercetus apabila kita merasakan ada orang di sekeliling atau terdekat yang menyayangi kita. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut memang dinanti-nanti oleh hati sang penerima untuk memberi kasih sayangnya.  Setiap orang ada pilihan sendiri siapa yang mereka mahu, namun kita juga tak perlu terlalu memilih terlalu siapa yang kita mahu.  Ada masanya orang yang paling tak kita sangka yang berupaya menyayang lebih dari orang yang kita harap.  Pokok pangkalnya pada hati kita yang ingin dibuka atau ditutup dari menerimanya. Berjaya Selesai Masalah Bayangkan kita sedang berhutang. Tiba-tiba ada jalan terbuka untuk kita selesaikan hutang itu. Takkah gembira rasa hati jika demikian yang berlaku? Atau ada salah faham atau kesilapan yang kita selama ini pendam. Alih-alih terjadi situasi yang membongkar dan menyelesai apa yang terpendam itu. Alangkah senangnya rasa. Terima Good Surprise  Terima bunga atau coklat di pejabat? Wah seronoknya.  Da...

Dua Perkara

Dua perkara aku belajar minggu lepas. Jujurnya, dua benda ini kupelajari di satu sesi makan tengahari dengan sahabatku. Cukup berilmu dia. Setiap tutur katanya, pasti ada ilmu tersirat yang dapat kuingat. Terima kasih sahabat yang bermanfaat. Masa. Lagi banyak guna, lagi banyak kita dapat. Matriks kebahagiaan / kekecewaan. Kita yang tetapkan pada diri sendiri. Masa Tertarik betul aku dengan formula ini. Yakni selalu kita merasakan tidak cukup nak dibuat itu mahupun ini dalam sehari. Rupa-rupanya bila kita buat sahaja tanpa fikir itu ininya, selesai.  Semudah membersih rumah. Dulu selalu kurasa terkejar nak memvakum lantai si rumah sewa. Hinggalah ada satu masa kufikir, “Ahh.. buat saja, lama-lama tak terasa lecehnya.” Bila dah ter-rutin dalam diri, tanpa sedar ada masa mencari indoor-hobby. Dah lama kuteringin menghias ruang rumah dengan tumbuhan hijau. Letak pula dalam pasu kecil, comel - cukup ku igau. Alhamdulillah, adalah 3 pasu kini di rumah. Yang satunya kujaga dulu bagi piha...

Depression

It is a real thing. Disclaimer: Whatever I am about to share below is just my personal experience with depression. It may vary from an individual to another. Don’t ya’ll use it against me please. Sebenarnya, berat juga nak ku kongsikan kerana ianya terlalu personal bagiku. Tapi aku rasa perlu untuk melepaskan sekatan di dada ni dan manalah tahu mampu membantu sesiapa yang mengalami perkara sama. It is a real illness guys. You know, scientifically ada chemicals yang tak balanced in our bodies that can trigger certain thoughts in our brain to think of on-going negative thoughts. Macam mana cik Eni boleh terkena depression? To tell you the truth, only Allah is the best of Planner.  Nak tahu macam mana tiba-tiba aku tahu I’m one of them? Here’re my simptoms: Tiba-tiba aku hilang minat dengan my daily activities. Dulu suka hiking, hangout dengan kawan-kawan. Tiba-tiba lost interest langsung. I’m tired ALL the time. Padahal tak buat apa sangat pun tapi badan rasa macam dah ran a half mar...

Aku Masih di Sini

Assalamualaikum & salam sejahtera. Lama aku berdiam... Maaf andai ada yang ternanti nukilanku. Apa khabar yang membaca? Elokkah semuanya? Belum terlewat kurasa untuk memanjatkan Salam Aidilfitri kepada kalian. Semoga baik-baik sahaja, Amiin.. Tatkala perjalananku pulang beraya di kampung (FELDA) halamanku tempoh hari. Sejuk mata melihat mentari pagi. Ada kesakitan yang perlu kuhadapi. Jari-jemari tidak terangkat beberapa purnama sejak bulan Mac lepas - untuk menukilkan bacaan buat kalian. Bukan kerana tak kusayang dan rindu mencatat perkongsian, tetapi kerana kutahu kesakitan itu harusku hadapi dulu, rawati. Masih lagi kini aku dalam proses menyembuhi diri. Namun tak bermakna semua dalam hidupku kini hanya kekurangan, banyak kuterima rezeki dan juga kelebihan. Iman naik dan turun, hidup punya masanya di atas dan di bawah - tapi tak inginku menyerah, demi Dia Yang Maha Pemurah. Aku sayang kalian, atas nama kita semua ciptaan Tuhan. Nantikan...

Hibernation

Yes, I have to admit. I was being quiet recently. It was quite an episode and a busy time in January. Alhamdulillah, praises to The Lord that I’m able to write again at this moment. I miss you, my readers. But also, I’ve missed myself in those quiet time. Also in that time, I embarked in the journey of hybernation. Like bears, you know. They take time (once a year I think) to hibernate during winter (there, now I’m sure it’s once per year.) I was always reluctant to embrace hybernation as I thought it is for the weak - which is something I’m most afraid of portraying to people around me. Gotta work on that issue, I know. My mind is always busy with, “I got to do this, owh this hasn’t been done yet, should I do those instead” kind of thing. So obviously I need to put a stop to that and collect back my thoughts. The only thing I’ve kept myself occupied and focused on was my work. Since January is the time where I need to work on some company’s restructuring projects, I took the liberty t...

Control Freak

For those who is out there who is a control freak (like how I used to be), hear this message if possible. Don't beat yourself up for something that is not within your control. Yes, the culprit here. Here's a  website  I recently discovered that talks passionately about mental illness and how they can help you deal with it. Soonest I laid my eyes on it, I'm just in love. I mean at this age / era, we live our lives like being on a busy highway.  At times we forgot to stop by the R&R to refresh ourselves and we then become tired as we non-stop driving ourselves through, and what's the worst that could happen?  Accident. Yes accidents that most of the time can cause injuries, at times recoverable and sometimes, fatal.  So like being on a highway, we need to learn to - every now and then stop at the R&R to heal, refresh and recollect our thoughts about life.  In the race of being the best version of ourselves, it's undeniably easy for us to get too caugh...

Bahasa Ketiga

Alhamdulillah setakat ini dalam hidup telah ku direzeki menguasai dua bahasa. Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Namun kebelakangan ini hati terpanggil-panggil untuk belajar bahasa ketiga.  Dan yang paling kuat panggilannya adalah Bahasa Arab. Kekok rasanya bila membaca Al-Kitab namun tidak menguasai lingua franca-nya.  Tidak dinafi, bahasa Arab dalam Al-Kitab tidak akan sesekali mampu ditandingi bahasa Arab perbualan hari-hari. Namun sekurangnya dapat juga ku fahami, buat modal lebih mengerti. Teman-teman, punyakah kamu sebarang cadangan? Cara paling mudah (juga murah?) mempelajari Bahasa Arab. Ah, tidak patutku berkira dengan ilmu.  Barangkali kalian ada cadangan, cara berkesan memulakan pelajaran? Silakan komen di kotak ruangan :). Alasannya Mengapa mempelajari bahasa? Barangkali sudah minatku dalam linguistik manusia.  Ketika kanak-kanak dan remaja, tatkala perhatian selalu diralitkan dengan drama-drama petang pelbagai bahasa, aneka negara - cukup ringan lidahku ...

Yang Terbiasa

Kita punya keluarga, saudara, teman mahupun kenalan. Bila ada yang demikian, pasti ada interaksi dalam berhubungan. Pasti ada rasa kasih terhadap mereka, walaupun terkadang ditiup rasa tak elok dari hasutan dalaman. Namun bukan itu yang patut kita beratkan perhatian. Lihat pada setiap kebaikannya.  Kasih pasti berjangkit, bila datangnya dari ikhlas. Bakti berbalas atau tidak, bukan itu yang ingin dibekas. Cuma ingin diredhai oleh Yang Khas. Guildford, UK, Sept. 2016: Berkeliarku di taman. Terbaca seketika. Bangku derma sang suami kematian isteri didedikasikan atas rasa kasih dan ingatan. Kasih bagi setiap jenis hubungan ada cara ada syaratnya. Biar bijak mengguna. Yang lebih tua ada hormatnya. Yang muda ada haknya juga. Yang jauh ditanya walau sekali sekala. Saudara-mara rapat, namun tetap dijaga batasnya. Mahram dan bukan harus diingat, walau selesa bukanlah syarat, untuk senang membuka aurat. Bukan untuk kalian sahaja, diriku juga tak harus melupa.  Kadangkala terbiasa tanpa...

Puisi Tak Pernah Kosong

Hidup ini tak pernah kosong.  Setiap peristiwa yang hadir dalam hidup itu merupakan pengisian tersendiri oleh Yang Maha Esa dalam diri kita. Mempersiapkan diri kita menghadapNya. Astaghfirullah..... bila mengenang betapa banyak diri ini khilaf terhadapNya.  Memikirkan layakkah berada di TamanNya kelak, dengan amal yang iya dan tidak. Tidak pernah kosong. Kita menang sesuatu hari ini, ada pengertianNya untuk kita. Mungkin terbit angkuh? Atau datang kesyukuran?  Kita kalah sesuatu esok, ada pengajaranNya. Adalah mahu menyalahkan sana sini, ataupun muhasabah kembali kelemahan diri.  Kita menang kembali. Ah, esok kalah pula. Dan menang semula. Begitulah kitaran sampailah muncul pengakhiran di dunia. Meter iman sentiasa ada turun naiknya.  Saat diri terasa berat, timbang semula adakah kita ada menjauh dariNya? Saat datang ringan, mungkin ada kesakitan yang kita sabarkan, dilihat oleh Tuhan lantas Memudahkan. Puitis kadangkala nukilanku. Bukan untuk jamuan pancing puj...

NikmatNya

Hidup adalah indah. Baik kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Kerana apa? Kerana kehidupan merupakan ciptaan Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya segala yang diciptakanNya adalah sempurna. Segala puji bagi Sang Pencipta, Maha Agung dalam segala sifatNya. Walaupun hidup tidak selalunya nampak sempurna di mata 'yang dicipta',  hidup itu adalah ujian sempurna oleh Yang Maha Esa. Buat hamba yang diberi hak merencana untung nasibnya, bekal selepas mati di dunia sementara. Sesungguhnya ketidaksempurnaan itu berpunca dari keterbatasan manusia, sang dicipta - mata kepala, mata hatinya.  Sedangkan Sang Pencipta, tidak mungkin terbatas sifatNya. "It is not that the eyes cannot see, but it is the hearts that are blind."  Kita lihat pada dunia, banyak tanda-tanda kekuasaan Yang Maha Esa dihampar di depan mata. Namun pancaindera tak terkejar menyaksikannya.  Lihat pada dunia, banyak sekali nikmat yang dikurniakannya. Namun lidah, tak terkejar mensyukuriNya. Subhanallah, Alhamdulill...

Dealing with Self Criticism

You know that one day that you feel lost and confused? I've been there. And I believe many others did too at some points in their lives. It started with us criticising and overwhelming ourselves with negative thoughts. Then comes the urge of, "arghh, the wold is against me, I'm not worthy, why do I always mess things up etc...etc..". So, have you been there, done that? I have:). Well, one of the greatest things to deal with I believe, is not whether I have or haven't achieved my target. But it is dealing with myself when I failed or made mistakes. How to dust the pain off and get back up again with the same (if not stronger) energy and motivation to do it again. I got to say, not all falls are easy to come back from. Thankfully enough, now I'm starting to believe that no matter what happen I will rise again and again to keep pushing myself into being a better version of me. In the eyes of who that I do this? Number 1, in the Eyes of The Greatest Creator, Allah...

Fixed Mindset atau Growth Mindset?

Sekitar tengah tahun ini saya ada baca buku berkenaan mindset yang membincangkan fixed mindset dan growth mindset. The book. Tahukah anda bahawa growth mindset adalah pemikiran yang menganggap cabaran sebagai satu motivasi untuk terus mencapai apa yang dikehendaki.  Fixed mindset pula menganggap 'if you have it, you have it and if you don't, then you just don't'.  Hal ini menarik perhatian saya dan selesai membaca buku ni, saya sedar selama ini tanpa sedar rupanya banyak saya gunakan fixed  mindset.  Barulah saya tahu betapa fixed mindset ini adalah cara pemikiran yang boleh halang kita dari mencapai potensi diri kita sepenuhnya. Contohnya, semasa di sekolah rendah saya pernah terfikir nak jadi doktor, pereka fesyen.  Tapi disebabkan ketika itu saya fikir yang bidang kedoktoran terlalu sukar dan ambil masa lama untuk graduate, minat saya mula pudar. Dan bidang rekaan fesyen pula hanya selayaknya untuk 'anak2 org kaya sahaja'. Terus sajalah saya matikan impi...

You is Good Enough

Tiba-tiba saya tersedar yang kebelakangan ni saya banyak sebut "You is good enough." Sumber: Instagram  @inspiredandfabulous Tak kira lah pada diri sendiri ke atau dekat orang lain. Jadi saya terfikir kenapa kata-kata tu asyik bermain di fikiran saya? I found myself feeling very empowered when I hear or say this. Tak pasti dari buku self help mana yang saya kali pertama ternampak kata-kata ni. Tapi sejak saat itu memang ianya menjadi mantra positif kepada saya. Why? Sebab untuk rasa diri sendiri ni good enough no matter what situations that come around myself, is a very powerful thing. Bukanlah maksudnya buat apa-apa pun kita rasa diri kita bagus. But it is more on kita rasa bersyukur dan berlapang dada tak kira apa pun yang dihantar dalam hidup kita. Sebab kita tahu, at the end of the day, hanya Allah SWT yang faham siapa kita dan hanya Dia yang perlu kita impress dalam hidup kita. How? Just keep doing what you're doing in your life. Never compare your journey with other...

Diri Sendiri

Dalam hidup saya, saya selalu dengar "kita kena sayang diri sendiri dulu sebelum kita boleh sayang orang lain."  Setakat mana anda setuju dengan statement ni?  Pada saya, setiap orang ada perjalanan sendiri. Dalam zaman yang banyak distractions macam sekarang, mudah untuk kita termasuk dalam perangkap 'membanding-banding diri kita dengan orang lain'. Membanding-banding  Ya lah, lagi-lagi bila mata dan fikiran kita selalu disibukkan dengan paparan dekat facebook, instagram, twitter, snapchat etc (saya lebih aktif di IG sejak saya decide untuk maintain satu akaun media sosial sahaja sekarang).  Jadi bila kita tengok paparan-paparan hidup orang lain di media sosial, kadang-kadang (atau kebanyakan masa 😝) kita tak sedar yang kita mula membandingkan hidup kita dengan orang-orang tu.  Trust me, I was guilty of that too at times. Fokus dengan perjalanan diri sendiri Satu pengajaran yang saya belajar sepanjang dah hidup setakat tahun ke 30 ni ( yass I'm 30 this yea...