Skip to main content

Posts

Showing posts with the label casual

Poyo

Seni itu poyo. Tapi tak mengapa. Namun, tak tumbuh bagaimana nak dijaga. Wow katanya dia, dalam hati apa yang dirasa? Walau detik tak terlihat, tanpanya jam takkan terbina. Kulihat dia, matanya nampak yang berbeza.  Pemilik bolanya tidak yang sama. Jamnya sudah petang, tapi panasnya masih terasa.  Ada masa, hujan ditengahari tatkala mengharap cerah ke petang. Bersyukurlah. 6.46am. Pengguna puisi mewarnai hati kadangkala terapi diri.

Progress

Baru semalam aku berbual dengan tunangku. “Lama tak update blog, rindu rasanya.” Seperti biasa dia menyokong dan memberi kata galakan. “Keep on writing, never give up.” Cukupku senang dengan apa yang diutarakannya. Syukur, laluan hidupku dihiasi titik pertemuan, jalan seiringan dengannya. Lantas aku terfikir, kisah apa nak dikongsikan kali ini. Terus terdetik rasa untuk mencatat perkembangan terbaru hidupku kebelakangan ini. Ada atau tidak pembacanya, itu nombor dua bagiku. Jika kalian tetap juga sudi membaca nukilanku, pintaku padaNya mudahan terdatang walau sedikit manfaat buatmu. There is no coincidence. Setiap lintasan mata atau pertemuan dalam hidup kita pasti ada makna atau hikmah tersendiri. Barangkali ada sesuatu yang mendorong kalian membaca nukilanku ini. Pastilah Dia yang mendorongku untuk menulis hari ini.  Jumaat, hari yang cukup hebat.  Oh ya, beberapa minggu lepas sempatku menyertai Barbie Run di Shah Alam. Tidak berpingat tapi Alhamdulillah bermanfaat. Jujur, s...

Hari Semakin Mendekat

Semakin dekat tarikhnya. Berdebar pula aku. Tak sangka sebatang tubuh di usia 30-an ini berpeluang merasa nikmat persiapan untuk berdua.  Pernah satu saat bila diri tidak kuat, ku terdetik rasa, “barangkali jodoh tak kunjung tiba.” Biasalah, monolog hati wanita - fitrahnya seperti ombak. Ada ketika melambung gembiranya, ada masa terjunam bila rasa hiba. Semoga dipermudahkan urusanku dan dia yang ini, dengan berkat dari Ilahi. Sepuluh tahun jika dikira, usia perkenalan kami berdua.  Jujur tak pernahku sangka akan memilih dia, menjadi imam diriku yang tenggelam. Datang dia disaat ku rendah - rebah tidak mahu lagi mengendah. Perjalanan kami masih sangat hijau. Tak terbanding kisah cinta hebat lain yang disebut sering.  Namun walau kurang - ingin juga kucatat dan kubilang. Catat perasaan yang rasanya aku sedang. Bilang turun hari penyatuan kami yang bakal datang. Mudah-mudahan Dia melancar, usaha dia yang sudah melamar.  Harap-harapnya Dia menyenang, langkah-langkahku ha...

Dua Perkara

Dua perkara aku belajar minggu lepas. Jujurnya, dua benda ini kupelajari di satu sesi makan tengahari dengan sahabatku. Cukup berilmu dia. Setiap tutur katanya, pasti ada ilmu tersirat yang dapat kuingat. Terima kasih sahabat yang bermanfaat. Masa. Lagi banyak guna, lagi banyak kita dapat. Matriks kebahagiaan / kekecewaan. Kita yang tetapkan pada diri sendiri. Masa Tertarik betul aku dengan formula ini. Yakni selalu kita merasakan tidak cukup nak dibuat itu mahupun ini dalam sehari. Rupa-rupanya bila kita buat sahaja tanpa fikir itu ininya, selesai.  Semudah membersih rumah. Dulu selalu kurasa terkejar nak memvakum lantai si rumah sewa. Hinggalah ada satu masa kufikir, “Ahh.. buat saja, lama-lama tak terasa lecehnya.” Bila dah ter-rutin dalam diri, tanpa sedar ada masa mencari indoor-hobby. Dah lama kuteringin menghias ruang rumah dengan tumbuhan hijau. Letak pula dalam pasu kecil, comel - cukup ku igau. Alhamdulillah, adalah 3 pasu kini di rumah. Yang satunya kujaga dulu bagi piha...

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah, ...

Bukit Kiara 2018

Ada apa dengan kehijauan yang membuatku sentiasa terpanggil menjenguknya? Sabtu, 20 Januari 2017.  Bukit Kiara   Taman Tun Dr Ismail. Lokasi pilihan buat dakian. Ada sesuatu tentang pokok-pokok, serangga yang mendiami kawasan yang kupergi - mengingatkanku tentang asal usul diri. Maha indah ciptaan Ilahi. Redup hatiku, segar nafas yang masuk ke peparu. Ceritanya... 7.30 pagi Dengan Bismillah, jam 7.00 keluarku dari rumah. Menuju ke rumah Fatin di SS2. Lapar tak sempat bersarapan, singgah di Petron roti dan air sempat di tangan. 8.00 pagi Nadhrah tiba menjemput kami. Kereta ku parkir di rumah Fatin. Senang nanti pabila tengahari, untukku gerak ke destinasi lain. 8.30 pagi Sampai ke parkir Taman Bukit Kiara, di hari Sabtu banyak kereta. Namun begitu syukur padaNya, parkir yang kosong masih lagi ada.  Melalui jalan tar atau denai belantara. Terpulang selesa, ikut stamina. Untuk kami tiga serangkai -  separa tar, separa denai.  4 kilometer jarak seluruh, cukuplah unt...

Bukit Sapu Tangan 2018

Sabtu, 13 Januari. Lokasi hiking pertama di tahun 2018. Bukit Sapu Tangan.   Terletak di  Taman Botani Shah Alam .  Kisah bermula... 6.30 pagi.   Astaghfirullah b aru tersedar ku dari lena, sudah lewat dari yang kujangka.  Ku dail rakan di hujung talian, mujur dia memahami kekhilafan. Pelan asalnya hendak berempat, di saat akhir seorang tak sihat.  Sambung... Bersegeralah bersiap, lantas jam 7 baru kugerak. Kereta kutuju ke kediaman Munira, rakan seusia dan teman sekerja.  Elok pekertinya si anak dara, pendiam pemalu tapi berilmu. Untung rezekiku berkenal bertemu. Munira kujemput jadi teman memandu. Seorang lagi kerkarakter unik, namanya elok kupanggil  Unid .  7.30 pagi. Sudah tiba  Unid  di Taman Botani, tempat bertemu seperti dijanji.  Sungguh kusuka bersahabat dengannya, i nsan cukup  menepati masa, memang salahku terlambat pula, saat ditegur kutadah telinga. 8.30 pagi.  Kami berkumpul di parkir kereta, ke kaunter...

Tahun Baru Nan Hijau

Selamat Tahun Baru teman-teman.  Mudahan 2018 membawa keberkatan, kekuatan, rezeki dan ikhlas hati - buat kalian dan diriku sendiri. Amiin.. Kisah pagi Sabtu yang lalu... Tiga sekawan, seiman, sefahaman - terjebak penerokaan yang spontan.  Niat sebenar bersarapan pagi, muncul idea pergi mendaki. Bukit Gasing nama diberi, menjadi pilihan tiga saudari. Sesudah subuh pagi dimulakan, setengah tujuh kaki berjalan. Dua roti menjadi bekalan, setengah lapan bertemu teman. Dengan Bismillah naik bertiga, tinggi rendah altitud dirasa. Sekejap kering lecah pun ada, berselut sedikit namun tak mengapa. Tiga saudari. Beserta fakta sang labah-labah. Kadangkala kaki tersadung, dek akar pokok yang elok terselindung.  Bila difikir menjadi pengingat. T urun naik kemudian tersekat. Lumrah hidup,  begitulah adat . Di tengah hutan kami berhenti, duduk bertiga sekeliling diteliti.  Sedang menjamah hijau pandangan, lupa sebentar kesibukan harian.  Dongak ke langit terlihat kanopi, ...

Bahasa Ketiga

Alhamdulillah setakat ini dalam hidup telah ku direzeki menguasai dua bahasa. Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Namun kebelakangan ini hati terpanggil-panggil untuk belajar bahasa ketiga.  Dan yang paling kuat panggilannya adalah Bahasa Arab. Kekok rasanya bila membaca Al-Kitab namun tidak menguasai lingua franca-nya.  Tidak dinafi, bahasa Arab dalam Al-Kitab tidak akan sesekali mampu ditandingi bahasa Arab perbualan hari-hari. Namun sekurangnya dapat juga ku fahami, buat modal lebih mengerti. Teman-teman, punyakah kamu sebarang cadangan? Cara paling mudah (juga murah?) mempelajari Bahasa Arab. Ah, tidak patutku berkira dengan ilmu.  Barangkali kalian ada cadangan, cara berkesan memulakan pelajaran? Silakan komen di kotak ruangan :). Alasannya Mengapa mempelajari bahasa? Barangkali sudah minatku dalam linguistik manusia.  Ketika kanak-kanak dan remaja, tatkala perhatian selalu diralitkan dengan drama-drama petang pelbagai bahasa, aneka negara - cukup ringan lidahku ...

Pengalaman Baru

Jadi alkisahnya saya diajak menyertai persembahan tarian India oleh rakan-rakan sekerja saya. Bos besar nak datang dari UK jadi kebetulan dengan sambutan Deepavali / Diwali di pejabat kami. Bukanlah persembahan profesional, untuk seronok-seronok saja. Tapi tetap kena berlatih juga kan? Persembahan 8 November 2017, tarikh mula latihan pula 1 November. Tambah tolak, ada 5 hari untuk berlatih koreografi.  Hari 1 November itu pula, saya kebetulan masih belum sihat demam sepenuhnya. Mujur rakan-rakan dalam Whatsapp group kongsi medley lagu dan video sedutan semasa latihan. Dapatlah berlatih sikit di rumah bersaksikan kakak saya @ tukang komen. Screenshot video. Jangan tekan, tak boleh play pun 😜. Kenapa? Seni tarian (terutamanya tarian tradisional) memang dekat di hari saya. Tiga dari empat abang-abang saya merupakan penari tradisional dan koreografer tarian. Mereka ada kerjaya masing-masing tapi sangat aktif bergiat dari zaman sekolah sehingga alam bekerja secara sambilan dalam seni ...

You is Good Enough

Tiba-tiba saya tersedar yang kebelakangan ni saya banyak sebut "You is good enough." Sumber: Instagram  @inspiredandfabulous Tak kira lah pada diri sendiri ke atau dekat orang lain. Jadi saya terfikir kenapa kata-kata tu asyik bermain di fikiran saya? I found myself feeling very empowered when I hear or say this. Tak pasti dari buku self help mana yang saya kali pertama ternampak kata-kata ni. Tapi sejak saat itu memang ianya menjadi mantra positif kepada saya. Why? Sebab untuk rasa diri sendiri ni good enough no matter what situations that come around myself, is a very powerful thing. Bukanlah maksudnya buat apa-apa pun kita rasa diri kita bagus. But it is more on kita rasa bersyukur dan berlapang dada tak kira apa pun yang dihantar dalam hidup kita. Sebab kita tahu, at the end of the day, hanya Allah SWT yang faham siapa kita dan hanya Dia yang perlu kita impress dalam hidup kita. How? Just keep doing what you're doing in your life. Never compare your journey with other...

Weekend Getaway

This one is for you Nadhrah. Alkisahnya saya terjebak dengan girls weekend escapade pada Sabtu & Ahad baru-baru ni. Idea weekendscapade ni dah lama kami bincangkan tapi tak pernah dapat match kan masa masing-masing. Akhir sekali kami decided nak tak nak kono jadi jugak dan masa yang sesuai untuk kami bertiga adalah weekend 9 - 10 Sept 2017. Alhamdulillah. Bila dah jumpa masa, kenalah pilih lokasi pulak kan? Cari punya cari, semua hotspots penuh (Port Dickson, Melaka, Janda Baik, Kuala Selangor). Penyudahnya kami bersetuju check in di Sunway Hotel. Walaupun tak jauh dari tempat tinggal masing-masing yang penting kami dapat bersantai bersama-sama di neutral turf.  Istimewanya weekendscapade ni sebab saya dan seorang lagi sahabat (atau subahat),  nak meraikan rakan yang bakal ke jinjang pelamin hujung bulan ni. Although it's not fancy, but at least we can have a memory together, a sweet one. Journey 9 Sept 2017, 9.15am. Saya naik tren ke Stesen Bangsar. Fatin picked me up and...