Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

5 Sebab Cetus Gembira

Rasa Disayangi Gembira itu boleh tercetus apabila kita merasakan ada orang di sekeliling atau terdekat yang menyayangi kita. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut memang dinanti-nanti oleh hati sang penerima untuk memberi kasih sayangnya.  Setiap orang ada pilihan sendiri siapa yang mereka mahu, namun kita juga tak perlu terlalu memilih terlalu siapa yang kita mahu.  Ada masanya orang yang paling tak kita sangka yang berupaya menyayang lebih dari orang yang kita harap.  Pokok pangkalnya pada hati kita yang ingin dibuka atau ditutup dari menerimanya. Berjaya Selesai Masalah Bayangkan kita sedang berhutang. Tiba-tiba ada jalan terbuka untuk kita selesaikan hutang itu. Takkah gembira rasa hati jika demikian yang berlaku? Atau ada salah faham atau kesilapan yang kita selama ini pendam. Alih-alih terjadi situasi yang membongkar dan menyelesai apa yang terpendam itu. Alangkah senangnya rasa. Terima Good Surprise  Terima bunga atau coklat di pejabat? Wah seronoknya.  Dapat hadiah kereta dari y