Skip to main content

Posts

Showing posts with the label depression

Penemuan

5 Oktober 2019 Secawan susu suam dalam cawan oren di sisiku. Hampir habis kuhirup. Sambil mata aku melihat hasil belianku di KL Alternative Book Festival (KLABF) 2019 tadi. Maghrib sudah, makan malam pun sudah. Sedang dalam nak melapangkan perut kenyang tergerak hatiku nak menulis di malam Sabtu ini. Sebenarnya bukan perancanganku pun nak ke KLABF sana tadi. Agenda utama harini menghadiri majlis aqiqah anak kedua rakanku di Puchong di tengahari. Kebetulan suamiku mengajak ke sana lantaran aku tidak keberatan mengekorinya. Sesampai di Publika kami parking di B6, naik ke aras UG. Gulp, sempat kuteguk seketika susu di cawan tadi. Separuh jalan lagi nak habis ni. Sambung... Kulihat terdapat beberapa, tak banyak tapi kalau nak dikira mungkin ada dalam 10 ke 12 juga meja-meja yang menjual karya-karya mereka. Ada yang karyanya lebih radikal, punk-ish gitu ada juga anak-anak muda menjual zine & stickers comel - sempat kucapai beberapa.  Yang kucapai beberapa ni lah yang ku panggil PENE...

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Depression

It is a real thing. Disclaimer: Whatever I am about to share below is just my personal experience with depression. It may vary from an individual to another. Don’t ya’ll use it against me please. Sebenarnya, berat juga nak ku kongsikan kerana ianya terlalu personal bagiku. Tapi aku rasa perlu untuk melepaskan sekatan di dada ni dan manalah tahu mampu membantu sesiapa yang mengalami perkara sama. It is a real illness guys. You know, scientifically ada chemicals yang tak balanced in our bodies that can trigger certain thoughts in our brain to think of on-going negative thoughts. Macam mana cik Eni boleh terkena depression? To tell you the truth, only Allah is the best of Planner.  Nak tahu macam mana tiba-tiba aku tahu I’m one of them? Here’re my simptoms: Tiba-tiba aku hilang minat dengan my daily activities. Dulu suka hiking, hangout dengan kawan-kawan. Tiba-tiba lost interest langsung. I’m tired ALL the time. Padahal tak buat apa sangat pun tapi badan rasa macam dah ran a half mar...