Skip to main content

Posts

Showing posts with the label good sharing

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Puisi Buat Dia

Puisi  buatnya. Sedikit berkarat sejak yang  pertama . Hala tujunya kuikutkan saja. Jemariku tekan melulu. Memanggil idea mengunjung benakku. Agak kaku, mungkin sedikit malu. Keteruskan. Angin meniup lembut diriku. Bukan di tepi pantai. Tapi di ruang tamu, berkipas. Hampir jam 6 di waktu petang. Esok cuti, terselit sedikit kelegaan di hati. Kutenung kaca mata di depanku. Dah lama tapi banyak berjasa. Saat ini aku terfikir. Senyum terukir di bibir. Barangkali tidak banyak di mata mereka. Namun diriku merasa gembira. Syukur kepadaNya. Aneh ataupun tidak. Gembira itu boleh datang tiba-tiba. Teringat kepada si bonda. Baru tadi kuterima mesej darinya. Tersenyumku membaca. Kata-kata indah wanita sempurna. Di mata anakanda. Bonda di FELDA, aku di kota. Tiga jam sahaja. Andai nak dikirakan. Jikaku bawa kereta. Jarak perjalanan. Selagi berdaya. Kan kujenguk sekerapnya. Selagi bekerjaya. Kan ku hulur seberapa sahaja. Setiap doa, biar yang baik sahaja. Yang baik sahaja dimakbulkan untukn...

Depression

It is a real thing. Disclaimer: Whatever I am about to share below is just my personal experience with depression. It may vary from an individual to another. Don’t ya’ll use it against me please. Sebenarnya, berat juga nak ku kongsikan kerana ianya terlalu personal bagiku. Tapi aku rasa perlu untuk melepaskan sekatan di dada ni dan manalah tahu mampu membantu sesiapa yang mengalami perkara sama. It is a real illness guys. You know, scientifically ada chemicals yang tak balanced in our bodies that can trigger certain thoughts in our brain to think of on-going negative thoughts. Macam mana cik Eni boleh terkena depression? To tell you the truth, only Allah is the best of Planner.  Nak tahu macam mana tiba-tiba aku tahu I’m one of them? Here’re my simptoms: Tiba-tiba aku hilang minat dengan my daily activities. Dulu suka hiking, hangout dengan kawan-kawan. Tiba-tiba lost interest langsung. I’m tired ALL the time. Padahal tak buat apa sangat pun tapi badan rasa macam dah ran a half mar...

Panther Si Kucing Tabah

Urgent, bantuan dana diperlukan untuk kucing yang kami temui jatuh dari tingkat 5 apartment kami adik-beradik. Panther nama kami beri sempena nama kucing pertama kami di zaman childhood. Lantas saya kongsikan mesej mohon bantuan dana bagi pihak  S.I Home Shelter  yang baik hati sudi tolong menyelamatkan Panther. Alhamdulillah setakat 3 Mac 2018 RM500 +- sudah berjaya dikumpul. Mohon kalian lihat mesej & maklumat di bawah dan mudah-mudahan tergerak hati memberi sumbangan. Terima kasih. “Guys saya baru dapat panggilan dari Dr. Edmund.. Untuk kucing nama Panther.. Doc tak galakkan untuk amputate kaki dia (potong), sebab Doc kata masih ada harapan untuk baik.. Doc bagi last harga.. RM3,000 untuk surgery masukkan besi di kaki panther.. Manakala untuk surgery semula lelangit panther (yang pecah) RM300.. Doc sendiri faham kami rescuer.. Dan bantu kami beri harga rendah.. Disini saya memohon agar kawan2 fb sy bantu saya untuk kumpul dana panther.. Share2 la posting saya ya.. Tag d...

Bahasa Ketiga

Alhamdulillah setakat ini dalam hidup telah ku direzeki menguasai dua bahasa. Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Namun kebelakangan ini hati terpanggil-panggil untuk belajar bahasa ketiga.  Dan yang paling kuat panggilannya adalah Bahasa Arab. Kekok rasanya bila membaca Al-Kitab namun tidak menguasai lingua franca-nya.  Tidak dinafi, bahasa Arab dalam Al-Kitab tidak akan sesekali mampu ditandingi bahasa Arab perbualan hari-hari. Namun sekurangnya dapat juga ku fahami, buat modal lebih mengerti. Teman-teman, punyakah kamu sebarang cadangan? Cara paling mudah (juga murah?) mempelajari Bahasa Arab. Ah, tidak patutku berkira dengan ilmu.  Barangkali kalian ada cadangan, cara berkesan memulakan pelajaran? Silakan komen di kotak ruangan :). Alasannya Mengapa mempelajari bahasa? Barangkali sudah minatku dalam linguistik manusia.  Ketika kanak-kanak dan remaja, tatkala perhatian selalu diralitkan dengan drama-drama petang pelbagai bahasa, aneka negara - cukup ringan lidahku ...

Thank You

Saya teringat masa saya pertama kali post di blog, one of my closest friends cakap, "I really admire your positivity and your braveness to put yourself out there Eni!!"  Syukur Alhamdulillah pertamanya sebab Allah kurniakan teman yang menyokong (teman yang baik tu salah satu bentuk rezeki jugak kan?) Keduanya sebab readership yang saya terima setakat ni (243 page views so far). A humble number to others maybe, but it is a start and means a lot to me☺️. After all, we have to start somewhere don't we? I'm going to continue writing, InshaaAllah. Lokasi: London, UK (Jun 2016). Thank You I'm keeping this post short sebab niat saya cuma nak berterima kasih kepada anda yang membaca blog saya. Pada masa yang sama saya nak istiqamah menjemput anda untuk berhubung dengan saya, melalui emel  enikhalid@yahoo.com.my   dengan subjek emel:  Groweni  untuk sebarang cadangan atau hanya sekadar untuk luahan mahupun bertanya khabar. Don't be afraid to reach out. We'll never ...

Lombok Trip 2017

Awal tahun haritu (Januari) saya berkesempatan backpacking ke Lombok. Alhamdulillah it was my first backpacking trip.  Eh? Kenapa sekarang baru nak cerita? Haha, sebab saya started my blog only recently dan sengaja saya nak catatkan sebagai kenangan untuk diri saya sementara masih ingat ni. Dan InshaaAllah mana tahu perkongsian ni juga bermanfaat untuk anda yang tengah baca ni. You feel me? Can you? Can you? I surely can feel me 😜. (Okay biasalah selit lame joke sambil-sambil tulis ni.) Baik, jadi yang membuatkan trip ni lebih istimewa adalah the all-girls concept. Jujur, pada mulanya saya ragu-ragu jugak sebab biasalah, nak kena convince bonda saya dulu, lepastu nak tepis cakap-cakap yang all-girls ke Lombok tu bahaya lah, nanti kena bawak lari lah, kena tipu dan sebagainya. Ta pi banyak ahli keluarga dan kawan-kawan yang supportive juga. Alhamdulillah 🙂. Lokasi: Bukit Merese / Tanjung Aan. Memandangkan tiket dah dibeli, dan saya pun excited first time backpacking, kugagahi jua ...

Diri Sendiri

Dalam hidup saya, saya selalu dengar "kita kena sayang diri sendiri dulu sebelum kita boleh sayang orang lain."  Setakat mana anda setuju dengan statement ni?  Pada saya, setiap orang ada perjalanan sendiri. Dalam zaman yang banyak distractions macam sekarang, mudah untuk kita termasuk dalam perangkap 'membanding-banding diri kita dengan orang lain'. Membanding-banding  Ya lah, lagi-lagi bila mata dan fikiran kita selalu disibukkan dengan paparan dekat facebook, instagram, twitter, snapchat etc (saya lebih aktif di IG sejak saya decide untuk maintain satu akaun media sosial sahaja sekarang).  Jadi bila kita tengok paparan-paparan hidup orang lain di media sosial, kadang-kadang (atau kebanyakan masa 😝) kita tak sedar yang kita mula membandingkan hidup kita dengan orang-orang tu.  Trust me, I was guilty of that too at times. Fokus dengan perjalanan diri sendiri Satu pengajaran yang saya belajar sepanjang dah hidup setakat tahun ke 30 ni ( yass I'm 30 this yea...