Skip to main content

Bahasa Ketiga

Alhamdulillah setakat ini dalam hidup telah ku direzeki menguasai dua bahasa. Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda.

Namun kebelakangan ini hati terpanggil-panggil untuk belajar bahasa ketiga. 

Dan yang paling kuat panggilannya adalah Bahasa Arab. Kekok rasanya bila membaca Al-Kitab namun tidak menguasai lingua franca-nya. 

Tidak dinafi, bahasa Arab dalam Al-Kitab tidak akan sesekali mampu ditandingi bahasa Arab perbualan hari-hari. Namun sekurangnya dapat juga ku fahami, buat modal lebih mengerti.

Teman-teman, punyakah kamu sebarang cadangan? Cara paling mudah (juga murah?) mempelajari Bahasa Arab. Ah, tidak patutku berkira dengan ilmu. 

Barangkali kalian ada cadangan, cara berkesan memulakan pelajaran? Silakan komen di kotak ruangan :).

Alasannya

Mengapa mempelajari bahasa? Barangkali sudah minatku dalam linguistik manusia. 

Ketika kanak-kanak dan remaja, tatkala perhatian selalu diralitkan dengan drama-drama petang pelbagai bahasa, aneka negara - cukup ringan lidahku mengikut-ikut bunyinya.

Wo ai ni (Taiwan), ngo oi lei (Hong Kong), pangako sa yo (Tagalog, Filipina), te amor (Latin), saranghae (semua tahu Korea 😄), je taime (Perancis), mere mohabbat (Hindi), o nama e wa nan desu ka (Jepun). 

Demikianlah antara kata-kata yang lekat di kepalaku.

Lantas terjun ke bidang pekerjaan, cukup kusuka dengan perbualan. 

Kadangkala terbawa, terjebak umpat kata. Bila dikenang, kurasa berdosa. Mengharap kasih juga keampunanNya. Mudahan diterima, mudahan diterima.

Umur kini lebih matang membeza. Mana kata berguna, mana yang sia-sia. Lagi bukti mensyukuri bimbinganNya. Nikmat apa yang ingin didusta? 

Pelbagai ilmu dihampar olehNya. 

Bercabang-cabang tunggu diteroka. Oleh hamba yang mahu bertanya. Pilih sahaja mana yang ada. Asal kena adab tertibnya.



Ayuh teman-teman, kita berlumba menuju kejayaan. Sudah kita di akhir zaman, mudahan elok pabila Dikumpulkan.

Assalamualaikum, semoga sejahtera.🌸

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah, ...

Yang Terbiasa

Kita punya keluarga, saudara, teman mahupun kenalan. Bila ada yang demikian, pasti ada interaksi dalam berhubungan. Pasti ada rasa kasih terhadap mereka, walaupun terkadang ditiup rasa tak elok dari hasutan dalaman. Namun bukan itu yang patut kita beratkan perhatian. Lihat pada setiap kebaikannya.  Kasih pasti berjangkit, bila datangnya dari ikhlas. Bakti berbalas atau tidak, bukan itu yang ingin dibekas. Cuma ingin diredhai oleh Yang Khas. Guildford, UK, Sept. 2016: Berkeliarku di taman. Terbaca seketika. Bangku derma sang suami kematian isteri didedikasikan atas rasa kasih dan ingatan. Kasih bagi setiap jenis hubungan ada cara ada syaratnya. Biar bijak mengguna. Yang lebih tua ada hormatnya. Yang muda ada haknya juga. Yang jauh ditanya walau sekali sekala. Saudara-mara rapat, namun tetap dijaga batasnya. Mahram dan bukan harus diingat, walau selesa bukanlah syarat, untuk senang membuka aurat. Bukan untuk kalian sahaja, diriku juga tak harus melupa.  Kadangkala terbiasa tanpa...