Assalamualaikum.
Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya.
Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia.
Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana.
Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata.
Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya.
Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga.
Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya.
Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini?
Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah, baru persis wanita Eropah.
Fikirkan sebentar ya. Apa ini definisi cantik satu-satunya buat kita - wanita Melayu, Asia Tenggara?
Serumpun dari Indonesia, Malaysia sampai ke Filipina. Pelbagai tona warna, tekstur dan bentuknya. DNA polinesia kuat sekali di setiap salur, komposisi badan kita. Mana logiknya harus kebaratan-keeropahan wajah kita?
Rata-rata tutorial kulihat semakin selesa menukar warna, rupa dari asalnya. Sebelum selepas - siang malam berbeza. Apa memang ini yang sudah terbiasa?
Barangkali aku sahaja yang merasa, susur galur kita perlu dipelihara. Dari dimomok rasa tidak cukup, dengan wajah yang sudah aslinya dibentuk.
Aku rindu.. Melihat si hitam manis digilai juga, si kuning langsat ada manisnya. Yang sawo matang redup terlihat, yang putih merah dihargai juga.
Ini susur galur kita. Wanita yang berbagai bentuk dan rupa. Warna bermacam tona, tekstur juga berbeza.
Buat apa disempit makna buat ‘cantik rupa’. Hanya yang gebu diangkat, berkacukan itu yang dihasrat, yang lain makin kekurangan tempat.
Andai dibiar mereka menjaja, definisi cantik buat kita - bagaimana boleh kita pelihara, jati diri anak-anak gadis kita? Hati-hatilah kita bersama. Jasad sudah merdeka, jangan minda dijajah pula.
Aku yang hanya menukilkan, secara peribadi mempersoalkan. Adakah ada juga yang berkongsi rasa, ingin memberi pandangan saranan? Silakan, silakan..
Dariku, sekian...
Well said eni... 😊 ..dulu kekli slalu terperdaya dgn iklan2 kulit putih halus mulus gebu gebas di tv.. Smpi megat ckp iklan2 tercipta utk org mcm kekli.. Hahhah.. N sepatah kata angah.. 'kalo aku nk bini putih aku xkawen ngan ko ' .. 😂😂😂
ReplyDeleteThanks Kekli. Eni mmg ingat angah ckp tu. Alhamdulillah you are a great akak ipar. Hugs
ReplyDeleteHi eni..I like
ReplyDeleteHii, thanks for reading this entry��.
ReplyDeleteSetuju dengan eni. Skrg mcm2 produk ade dan tutorial makeup. Kalau tgok tuto dr korea lagilah. Mmg nmpk perbezaan ketara
ReplyDeleteTerima kasih cik renex. Suka blog awak. Btw, kita perlu kekalkan jati diri wanita Asia Tenggara. Tak salah nak make up cuma perlu beringat supaya kita tak hilang jati diri tanpa sedar.
ReplyDelete