Rasa Disayangi
Gembira itu boleh tercetus apabila kita merasakan ada orang di sekeliling atau terdekat yang menyayangi kita. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut memang dinanti-nanti oleh hati sang penerima untuk memberi kasih sayangnya.
Setiap orang ada pilihan sendiri siapa yang mereka mahu, namun kita juga tak perlu terlalu memilih terlalu siapa yang kita mahu.
Ada masanya orang yang paling tak kita sangka yang berupaya menyayang lebih dari orang yang kita harap. Pokok pangkalnya pada hati kita yang ingin dibuka atau ditutup dari menerimanya.
Berjaya Selesai Masalah
Bayangkan kita sedang berhutang. Tiba-tiba ada jalan terbuka untuk kita selesaikan hutang itu. Takkah gembira rasa hati jika demikian yang berlaku?
Atau ada salah faham atau kesilapan yang kita selama ini pendam. Alih-alih terjadi situasi yang membongkar dan menyelesai apa yang terpendam itu. Alangkah senangnya rasa.
Terima Good Surprise
Terima bunga atau coklat di pejabat? Wah seronoknya.
Dapat hadiah kereta dari yang tersayang? Untung betul ya.
Atau tak kurang juga walau sekadar menerima khabar dari teman lama. Boleh senyum sendiri dibuatnya.
Dalam apa juga skala, a good surprise takkan pernah gagal buat kita gembira. Belajarlah menikmatinya.
Dapat Berbakti kepada Orang Lain
Ini lebih mendalam rasanya. Walau dalam tak semestinya sukar dicuba.
Tidak ada perasaan setanding rasa berguna kepada makhluk di sekeliling kita. Manusia, flora atau fauna. Sungguhpun jika kita dapat mengangkat walau sedikit nilai yang ada pada mereka, rasa yang diterima biasanya sukar nak dirungkai dengan kata.
Benarlah seperti diajar Pencipta, tangan memberi lebih baik dari menerima - bedar sungguh hikmahnya.
Dengan Sendirinya
Ini bagiku sejenis gembira tingkat tinggi. Yakni gembira pemberian Ilahi. Rasa tercetus tak semena-mena.
Tidak kira seteruk mana situasi diri, dengan kasih dari Maha Pemberi - rasa gembira pasti terpatri. Mana boleh dicapai rasa jenis ini melainkan dengan rahmat dari Sang Pemberi Kuat.
Penutup Kata
Gembira itu banyak punca. Terserah kita mana nak mencari, setiap hati lain ciri-ciri.
Semoga apa kukongsikan, memberi walau sedikit senyuman - untuk diriku dan kalian.
Sekian.
wah .. gembira berseri seri =)
ReplyDeleteThanks unid. Mudah2an u pun gembira selalu hendaknya;)
ReplyDelete