Skip to main content

Yang Terbiasa

Kita punya keluarga, saudara, teman mahupun kenalan. Bila ada yang demikian, pasti ada interaksi dalam berhubungan.

Pasti ada rasa kasih terhadap mereka, walaupun terkadang ditiup rasa tak elok dari hasutan dalaman. Namun bukan itu yang patut kita beratkan perhatian.

Lihat pada setiap kebaikannya. 

Kasih pasti berjangkit, bila datangnya dari ikhlas. Bakti berbalas atau tidak, bukan itu yang ingin dibekas. Cuma ingin diredhai oleh Yang Khas.


Guildford, UK, Sept. 2016: Berkeliarku di taman. Terbaca seketika. Bangku derma sang suami kematian isteri didedikasikan atas rasa kasih dan ingatan.

Kasih bagi setiap jenis hubungan ada cara ada syaratnya. Biar bijak mengguna. Yang lebih tua ada hormatnya. Yang muda ada haknya juga. Yang jauh ditanya walau sekali sekala. Saudara-mara rapat, namun tetap dijaga batasnya.

Mahram dan bukan harus diingat, walau selesa bukanlah syarat, untuk senang membuka aurat. Bukan untuk kalian sahaja, diriku juga tak harus melupa. 

Kadangkala terbiasa tanpa sedar, namun bila tersilap harus beredar.

Beredar bukan tidak mengaku, namun sebentar untuk berteleku, menimbang baik buruk yang berlaku, kembali membetulkan apa yang mampu. KeampunanNya juga yang ingin diampu.

Buka mata, pasang telinga, siapkan hati. 

Mencari pasangan bukan sebarangan, namun bukan mengejar kesempurnaan ciptaan. Bila dibetul niat, kepada Dia kita mendekat, itu permulaan mencukup syarat. 

Tidak diikut. Tidak diikut syarat manusia, kecuali oleh Yang Berkuasa dan kekasihNya. Maha Suci, Segala Puji, Maha Besar bagi ZatNya. Solawat dan doa buat rasulNya.

Berubah tak semesti besar ke kecil. Kecil ke besar juga adil. 

Menjerit-jerit mahu perubahan, lupa dibelek ada kelemahan, tak diguna pula kekuatan - dalam diri tak ingat ditengokkan. Tuhan, janganlah kami seperti ini insan.

Aku cuba memberus, menguis halangan ke jalan lurus, ada masa diuji, itu sudah harus. 

Teman kongsilah denganku, sesungguhnya aku juga masih cetek ilmu. Kailku baru panjang sejengkal, namun kucuba mencari akal, manalah tahu boleh membekal, untuk dibawa ke Alam Kekal.

Pena digital kuletak dulu, nukilan panjang bukan caraku. Beransur-ansur mencari tahu, mudahan lekat dalam amalku. Andai bermanfaat juga untukmu, pasti itu bonus untukku :).

Assalamualaikum & salam sejahtera bagimu.

Comments

  1. Waalaikumusalam wbt..

    Agreed, Islam have put guidance for all kind of relationship. Need ilm to practice...but...from ur post.its look that it is not only about ilm...but SUASANA..

    Suasana kehidupan kita..
    Suasana bagaimana kita meraikan sesuatu...
    Suasana bagaimana kita apabila ditimpa sesuatu...
    Apakah dalam setiap peristiwa dan perjumpaan...ada DIA bersama...its too long to share bout it..will do on one fine day later..hopefully

    Allah sukakan sesuatu amalan yang kita istiqomah dengannya..misal..solat sunat witir, tahajud,solat dhuha, zikr pagi dan petang, sedekah dan lain lain..

    Neway, keep it up!

    :) Hope u enjoy the rest of ur weekend...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Such great additions to praising The Almighty's greatness. Will surely be happy to read more explanation from you :). And Alhamdulillah, thanks for your support. It was also a great weekend for me, surely part of it was because of your du'a. May Allah bless your week too.

      Delete
  2. Ya. Tika diri tak mampu berdiri sendiri lalu Dia menghantar "seseorang" untuk bersama memperbaiki.
    Hadir seseorang kadang bukan kekal bersama tapi untuk memberi pengajaran dalam perjalanan ini.
    Terima kasih Tuhanku atas anugerahMu. Moga kita selalu tetap kekal dalam Rahmat serta kasih sayangNya. Ameeeennnn!
    Terima kasih atas perkongsian ini. Moga memberi inspirasi pada semua ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul tu. Semua di dunia ini adalah pinjamanNya. Namun di celah-celah pinjaman itu terselit rasa kasih, juga datang dari pemberianNya. Semoga hati saudari/saudara didatangkan bahagia, Ameen. :)

      Delete
  3. :) Our Lord! Let not our hearts deviate after you have guided us and grant us from yourself mercy. Indeed, you are the Bestower. (Al-'Imran:8)

    Keep calm and istiqomah!

    Haa..refreshing green now! Oh, careful..tinggi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen... Subhanallah such a great verse/du'a. Thank you my friend. Hee memang ada gayat sikit ;£

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y