Baru semalam aku berbual dengan tunangku. “Lama tak update blog, rindu rasanya.”
Seperti biasa dia menyokong dan memberi kata galakan. “Keep on writing, never give up.” Cukupku senang dengan apa yang diutarakannya. Syukur, laluan hidupku dihiasi titik pertemuan, jalan seiringan dengannya.
Lantas aku terfikir, kisah apa nak dikongsikan kali ini. Terus terdetik rasa untuk mencatat perkembangan terbaru hidupku kebelakangan ini. Ada atau tidak pembacanya, itu nombor dua bagiku. Jika kalian tetap juga sudi membaca nukilanku, pintaku padaNya mudahan terdatang walau sedikit manfaat buatmu.
There is no coincidence. Setiap lintasan mata atau pertemuan dalam hidup kita pasti ada makna atau hikmah tersendiri. Barangkali ada sesuatu yang mendorong kalian membaca nukilanku ini.
Pastilah Dia yang mendorongku untuk menulis hari ini.
Jumaat, hari yang cukup hebat.
Oh ya, beberapa minggu lepas sempatku menyertai Barbie Run di Shah Alam. Tidak berpingat tapi Alhamdulillah bermanfaat. Jujur, sejak aku menghidapi depression banyak aktiviti yang tergendala.
Ada masanya aku terperangkap dalam episod-episod panik, rasa ingin menyendiri, lost focus dan sebagainya. Episod itu datang dan pergi. Syukur, kini aku dalam menjalani terapi.
Dua hari lepas, teman baikku di pejabat menawarkan untuk mendoakanku saat beliau menunaikan umrah minggu hadapan. Ya Allah, alangkah baik pekertinya dia. Tegas orangnya namun kerana itu kukagum dengannya. Susuk temanku ini, aku yakin dicampak ke mana juga pasti dia dapat memberi impak kepada sesiapa di kelilingnya. Berkarisma - itu yang dapat kugambarkan karekter si dia.
Kini aku dalam proses membuat persiapan majlis perkahwinan. Mujurlah keluarga terdekat banyak membantu. Si tunang juga sangat mendukung dan menyenangkan. Awalnya banyak juga yang kurisaukan, tapi ku lapangkan rasa dan cuba berfikir yang baik-baik saja. Alhamdulillah, tiada yang perlu kurungutkan. Allah itu Maha Memudahkan.
Bagaimana kalian? Baik-baik sahaja hendaknya? Aku rindu sama kalian. Aku sayangmu demi Tuhan.
Sekian.
Wah eni nak kawen dah. Semoga dipermudahkan urusan taw.
ReplyDeleteAmiin. Thanks cik renex. InshaaAllah Mac taun dpn. Anda dijemput hadir :)
ReplyDelete