Skip to main content

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!”

“Mesti orang fikir aku dah tak siuman.”

“Aku rasa macam dah tak guna hidup.”

“Aku ni hidup menyusahkan orang je.”

“Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.”

Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian.



Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan.

Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’.

Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL.

Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak melaga-lagakan orang dan jenis yang tak pernah keluar ayat yang elok dari mulut. 

Ingat, BAIKLAH DENGAN DIRI SENDIRI. Sentiasa jadikan tabiat untuk MEMAAFKAN diri setiap hari. Eh, eh.. panjang pulak aku berleter ni, padahal tengok tajuk cakap macam mana nak dapatkan bantuan psikiatri kan? Meh sini nak kasi.

Langkah-langkah mudah dapatkan bantuan psikiatri:
  1. Pergi ke mana-mana Klinik Kesihatan kerajaan berdekatan.
  2. Pergi ke kaunter dan daftarkan diri untuk dapat rawatan. Masa ni kalau tak cerita masalah yang dilalui pun tak apa. (Lagipun kita ni bukan jenis mudah je nak luah kat sesiapa kan?)
  3. Bila dah sampai giliran, luahkan saja kepada doktor / pegawai perubatan bertugas. Ceritakan simptom-simptom korang (cth: susah tidur malam, selalu bermimpi ngeri, sentiasa rasa kosong / sedih, sukar nak bagi diri rasa gembira, jantung sentiasa berdebar (selalu resah) dsb.)
  4. Doktor / pegawai perubatan akan catatkan dan jika mendapati korang memerlukan bantuan segera / lanjut - mereka pasti akan rujuk anda ke hospital berdekatan (atau yang korang prefer) bahagian psikiatri / kaunseling. Percayalah di tahap ini korang mesti akan rasa ringan sikit dari beban berat yang korang tanggung tu. Pedulikan apa kata orang, keluarga atau sesiapa pun. Saat ini, HANYA FOKUS PADA DIRI ANDA.
  5. Jika korang dapat appointment hospital pada hari yang sama, terus ke hospital. Jika pada tarikh tertentu jangan lupa set reminder di telefon anda supaya tak terlepas tarikh. Pengalaman aku dulu aku buat semua ni seorang. Kalau korang berteman pun bagus juga, cari seorang yang boleh dipercaya. Kalau tak ada pun tak ada hal, EVERYTHING IS GOING TO BE JUST FINE.
  6. Dah sampai hospital daftarkan diri dan buat pembayaran di kaunter daftar & bayar (jangan risau kalau hospital kerajaan murah je, aku buat di Hospital Ampang, Selangor. Setiap kali appointment RM5 je). Masa di kaunter tanya mana jabatan / unit psikiatri.
  7. Maka bermulalah perjalanan korang mendapatkan rawatan. Nanti hospital akan bagi kad kuning untuk tarikh-tarikh temujanji korang yang akan datang. Luahkanlah segala apa yang korang rasa kepada doktor yang bertugas tu. Mereka ni professional dan sangat faham dan tahu situasi yang korang alami. Jadi tak perlu khuatir lagi.
  8. Selesai sesi konsultasi dengan doktor, korang akan diberi tarikh temujanji akan datang. Seperti biasa, jangan lupa set reminder dekat telefon ok? Jika bekerja, korang boleh minta sijil cuti sakit (MC slip) untuk hari tu. Kan sonang ;)
  9. Akhir sekali, korang pergi kaunter ubat (jika doktor beri preskripsi ubat). Balik rumah, lapangkan fikiran dan makan ubat seperti dinasihatkan.
InshaaAllah your road to recovery has started. Jika ada rasa cemas atau apa-apa yang luarbiasa sebelum temujanji seterusnya korang boleh je telefon jabatan / unit psikiatri hospital berkenaan. Mereka sentiasa sedia untuk bantu anda.

Masuk tahun 2019 ni dah hampir 2 tahun aku mendapatkan rawatan. Alhamdulillah sangat membantu bahkan aku juga dari bujang, sekarang dah bersuami. Dan jodohku juga  muncul semasa aku dalam keadaan teruk sakit (sebab tu lah kot pilih jadi suami >.<). Begitulah nikmat / rezeki Allah nak bagi ni kadang-kadang di masa yang tak terjangka. Ada hikmahnya juga aku sakit.  

Akhir kata dari aku untuk korang di post ni, ingatlah kita, Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu dihadapi. Sakit tu kan penghapus dosa. Maka senyumlah kalian, Allah kan ada :)

Sekian, Assalamualaikum.

Comments

  1. this is really good sharing eni . =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, thanks Unid :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bagus

    ReplyDelete
  4. Sharing yg Sangat membantu.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fifi. Take care & jangan lupa forgive & be kind to yourself. 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,