Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Aku Masih di Sini

Assalamualaikum & salam sejahtera. Lama aku berdiam... Maaf andai ada yang ternanti nukilanku. Apa khabar yang membaca? Elokkah semuanya? Belum terlewat kurasa untuk memanjatkan Salam Aidilfitri kepada kalian. Semoga baik-baik sahaja, Amiin.. Tatkala perjalananku pulang beraya di kampung (FELDA) halamanku tempoh hari. Sejuk mata melihat mentari pagi. Ada kesakitan yang perlu kuhadapi. Jari-jemari tidak terangkat beberapa purnama sejak bulan Mac lepas - untuk menukilkan bacaan buat kalian. Bukan kerana tak kusayang dan rindu mencatat perkongsian, tetapi kerana kutahu kesakitan itu harusku hadapi dulu, rawati. Masih lagi kini aku dalam proses menyembuhi diri. Namun tak bermakna semua dalam hidupku kini hanya kekurangan, banyak kuterima rezeki dan juga kelebihan. Iman naik dan turun, hidup punya masanya di atas dan di bawah - tapi tak inginku menyerah, demi Dia Yang Maha Pemurah. Aku sayang kalian, atas nama kita semua ciptaan Tuhan. Nantikan...