Skip to main content

Aku Masih di Sini

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama aku berdiam... Maaf andai ada yang ternanti nukilanku. Apa khabar yang membaca? Elokkah semuanya?

Belum terlewat kurasa untuk memanjatkan Salam Aidilfitri kepada kalian. Semoga baik-baik sahaja, Amiin..


Tatkala perjalananku pulang beraya di kampung (FELDA) halamanku tempoh hari. Sejuk mata melihat mentari pagi.

Ada kesakitan yang perlu kuhadapi. Jari-jemari tidak terangkat beberapa purnama sejak bulan Mac lepas - untuk menukilkan bacaan buat kalian. Bukan kerana tak kusayang dan rindu mencatat perkongsian, tetapi kerana kutahu kesakitan itu harusku hadapi dulu, rawati.

Masih lagi kini aku dalam proses menyembuhi diri. Namun tak bermakna semua dalam hidupku kini hanya kekurangan, banyak kuterima rezeki dan juga kelebihan.

Iman naik dan turun, hidup punya masanya di atas dan di bawah - tapi tak inginku menyerah, demi Dia Yang Maha Pemurah.

Aku sayang kalian, atas nama kita semua ciptaan Tuhan.

Nantikan...

Comments

  1. Moga semuanya baik baik sahaja disana...;)

    ReplyDelete
  2. Gambar raya please! Nak seratus gambar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hibernation

Yes, I have to admit. I was being quiet recently. It was quite an episode and a busy time in January. Alhamdulillah, praises to The Lord that I’m able to write again at this moment. I miss you, my readers. But also, I’ve missed myself in those quiet time. Also in that time, I embarked in the journey of hybernation. Like bears, you know. They take time (once a year I think) to hibernate during winter (there, now I’m sure it’s once per year.) I was always reluctant to embrace hybernation as I thought it is for the weak - which is something I’m most afraid of portraying to people around me. Gotta work on that issue, I know. My mind is always busy with, “I got to do this, owh this hasn’t been done yet, should I do those instead” kind of thing. So obviously I need to put a stop to that and collect back my thoughts. The only thing I’ve kept myself occupied and focused on was my work. Since January is the time where I need to work on some company’s restructuring projects, I took the liberty t...

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Melepaskan

Jam di dinding menunjukkan 8.47pm. Aku sedang menunggu ketibaan suami di rumah. Baru tadi aku selesai memasak dinner. Alhamdulillah. Cukuplah rasanya kari ikan bawal hitam, berteman sayur kobis & ikan masin untuk kami menjamu selera dengan nasi malam ini. Rezeki. Kalau di zaman bujang dulu cukup berat aku nak ke dapur. Mungkin inilah yang dikata lumrah bila dah berumahtangga. Memasak tak lagi terasa berat seperti dulu. Dalam seminggu dua ini banyak aku bermuhasabah diri - tentang melepaskan perkara-perkara yang berlalu dan yang terjadi. Barangkali kesan terapi yang kujalani sepanjang merawat sakit depresiku telah mengajarku cara ‘melepaskan’ ini. Dulu, hatiku sering terbeban dengan perkara-perkara ‘jika ini’, ‘jika itu’ sehinggakan aku tidak berada ‘in the moment’ dalam hidupku. Otakku sentiasa ligat memikirkan hari semalam apa yang jadi, esok lusa apa pula munculnya.  Ternyata hal-hal itu telah merampas nikmat diriku untuk berada in the moment. Lantaran aku juga tersangkut pen...