Skip to main content

Posts

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!”
“Mesti orang fikir aku dah tak siuman.”
“Aku rasa macam dah tak guna hidup.”
“Aku ni hidup menyusahkan orang je.”
“Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.”
Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian.


Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan.
Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’.
Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL.
Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak melaga-l…
Recent posts

Cried

I cried watching this.
(Menangis aku melihatnya.)
It sums up in a way what I try to tell myself and fellow women out there too.
(Sesuatu yang tepat sekali merumuskan apa yang cuba kuberitahu kepada diri dan wanita di luar sana.)

At the age of attaining perfect skin, perfect figure, perfect everything - we lose sight of how it traumatised everyday women watching the ‘perfection’. 
(Di zaman mengejar kulit yang sempurna, bentuk badan sempurna - kita terlepas pandang bagaimana ianya mencetus trauma kepada wanita biasa yang menonton ‘kesempurnaan’ tersebut.)
ALL of us are everyday women. We must never forget that. 
(Jangan lupa - KITA SEMUALAH wanita biasa tu.)
Don’t let the definition of beauty narrows - especially among us women.
(Jangan benarkan definisi cantik seseorang perempuan disempit - terutama dari kalangan perempuan sendiri.) 
#empowerNote: I’ve edited the post to have Malay translation in the brackets.




Poyo

Seni itu poyo.Tapi tak mengapa.
Namun, tak tumbuh bagaimana nak dijaga.
Wow katanya dia, dalam hati apa yang dirasa?
Walau detik tak terlihat, tanpanya jam takkan terbina.
Kulihat dia, matanya nampak yang berbeza. Pemilik bolanya tidak yang sama.
Jamnya sudah petang, tapi panasnya masih terasa. Ada masa, hujan ditengahari tatkala mengharap cerah ke petang.
Bersyukurlah.


6.46am.
Pengguna puisi mewarnai hati kadangkala terapi diri.

Panther

Masih ingat lagikah kalian?
Akan si Panther?

Sumber: Facebook SI Home Shelter.
Kucing tabah, yang kakinya patah. Rahangnya juga pecah.
Kisah Panther pernah kuceritakan di sini.
Apa nak kukongsikan adalah rasa kegembiraan. Panther telah memenangi perjuangan.
Terima kasih atas doa kalian, dan juga sumbangan.
Aku tidak berpeluang menjaganya sendiri.

Keadaan Panther semasa kritikal.

TERIMA KASIH SI HOME SHELTER
Kerana kalian sudi. Kerana kalian pakar mengendali.
Kehebatan pasangan suami isteri. Pengasas shelter yang cukup berdedikasi.
Penyelamat kucing dan anjing tak bertuan. Semoga urusan sentiasa dipermudahkan.

Puisi Buat Dia

Puisi buatnya.
Sedikit berkarat sejak yang pertama. Hala tujunya kuikutkan saja.
Jemariku tekan melulu. Memanggil idea mengunjung benakku. Agak kaku, mungkin sedikit malu.
Keteruskan.
Angin meniup lembut diriku. Bukan di tepi pantai. Tapi di ruang tamu, berkipas.
Hampir jam 6 di waktu petang. Esok cuti, terselit sedikit kelegaan di hati. Kutenung kaca mata di depanku. Dah lama tapi banyak berjasa.



Saat ini aku terfikir. Senyum terukir di bibir. Barangkali tidak banyak di mata mereka. Namun diriku merasa gembira.
Syukur kepadaNya.
Aneh ataupun tidak. Gembira itu boleh datang tiba-tiba.
Teringat kepada si bonda. Baru tadi kuterima mesej darinya. Tersenyumku membaca. Kata-kata indah wanita sempurna. Di mata anakanda. Bonda di FELDA, aku di kota.
Tiga jam sahaja. Andai nak dikirakan. Jikaku bawa kereta. Jarak perjalanan.
Selagi berdaya. Kan kujenguk sekerapnya. Selagi bekerjaya. Kan ku hulur seberapa sahaja. Setiap doa, biar yang baik sahaja. Yang baik sahaja dimakbulkan untuknya.
Tak pernah berkira, sedangkan tak terkira.  S…

Progress

Baru semalam aku berbual dengan tunangku. “Lama tak update blog, rindu rasanya.”
Seperti biasa dia menyokong dan memberi kata galakan. “Keep on writing, never give up.” Cukupku senang dengan apa yang diutarakannya. Syukur, laluan hidupku dihiasi titik pertemuan, jalan seiringan dengannya.
Lantas aku terfikir, kisah apa nak dikongsikan kali ini. Terus terdetik rasa untuk mencatat perkembangan terbaru hidupku kebelakangan ini. Ada atau tidak pembacanya, itu nombor dua bagiku. Jika kalian tetap juga sudi membaca nukilanku, pintaku padaNya mudahan terdatang walau sedikit manfaat buatmu.
There is no coincidence. Setiap lintasan mata atau pertemuan dalam hidup kita pasti ada makna atau hikmah tersendiri. Barangkali ada sesuatu yang mendorong kalian membaca nukilanku ini.
Pastilah Dia yang mendorongku untuk menulis hari ini. 
Jumaat, hari yang cukup hebat. 
Oh ya, beberapa minggu lepas sempatku menyertai Barbie Run di Shah Alam. Tidak berpingat tapi Alhamdulillah bermanfaat. Jujur, sejak aku mengh…

5 Sebab Cetus Gembira

Rasa Disayangi
Gembira itu boleh tercetus apabila kita merasakan ada orang di sekeliling atau terdekat yang menyayangi kita. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut memang dinanti-nanti oleh hati sang penerima untuk memberi kasih sayangnya. 
Setiap orang ada pilihan sendiri siapa yang mereka mahu, namun kita juga tak perlu terlalu memilih terlalu siapa yang kita mahu. 
Ada masanya orang yang paling tak kita sangka yang berupaya menyayang lebih dari orang yang kita harap. Pokok pangkalnya pada hati kita yang ingin dibuka atau ditutup dari menerimanya.
Berjaya Selesai Masalah
Bayangkan kita sedang berhutang. Tiba-tiba ada jalan terbuka untuk kita selesaikan hutang itu. Takkah gembira rasa hati jika demikian yang berlaku?
Atau ada salah faham atau kesilapan yang kita selama ini pendam. Alih-alih terjadi situasi yang membongkar dan menyelesai apa yang terpendam itu. Alangkah senangnya rasa.


Terima Good Surprise 
Terima bunga atau coklat di pejabat? Wah seronoknya. 
Dapat hadiah kereta dari yang tersa…