Skip to main content

Panther

Masih ingat lagikah kalian?

Akan si Panther?


Kucing tabah, yang kakinya patah.
Rahangnya juga pecah.

Kisah Panther pernah kuceritakan di sini.

Apa nak kukongsikan adalah rasa kegembiraan.
Panther telah memenangi perjuangan.

Terima kasih atas doa kalian, dan juga sumbangan.

Aku tidak berpeluang menjaganya sendiri.


Keadaan Panther semasa kritikal.

TERIMA KASIH SI HOME SHELTER

Kerana kalian sudi.
Kerana kalian pakar mengendali.

Kehebatan pasangan suami isteri.
Pengasas shelter yang cukup berdedikasi.

Penyelamat kucing dan anjing tak bertuan.
Semoga urusan sentiasa dipermudahkan.

Comments