Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Cried

I cried watching this. (Menangis aku melihatnya.) It sums up in a way what I try to tell myself and fellow women out there too. (Sesuatu yang tepat sekali merumuskan apa yang cuba kuberitahu kepada diri dan wanita di luar sana.) At the age of attaining perfect skin, perfect figure, perfect everything - we lose sight of how it traumatised everyday women watching the ‘perfection’.  (Di zaman mengejar kulit yang sempurna, bentuk badan sempurna - kita terlepas pandang bagaimana ianya mencetus trauma kepada wanita biasa yang menonton ‘kesempurnaan’ tersebut.) ALL of us are everyday women. We must never forget that.  (Jangan lupa - KITA SEMUALAH wanita biasa tu.) Don’t let the definition of beauty narrows - especially among us women. (Jangan benarkan definisi cantik seseorang perempuan disempit - terutama dari kalangan perempuan sendiri.)  #empower Note: I’ve edited the post to have Malay translation in the brackets.

Poyo

Seni itu poyo. Tapi tak mengapa. Namun, tak tumbuh bagaimana nak dijaga. Wow katanya dia, dalam hati apa yang dirasa? Walau detik tak terlihat, tanpanya jam takkan terbina. Kulihat dia, matanya nampak yang berbeza.  Pemilik bolanya tidak yang sama. Jamnya sudah petang, tapi panasnya masih terasa.  Ada masa, hujan ditengahari tatkala mengharap cerah ke petang. Bersyukurlah. 6.46am. Pengguna puisi mewarnai hati kadangkala terapi diri.

Panther

Masih ingat lagikah kalian? Akan si Panther? Sumber:  Facebook SI Home Shelter . Kucing tabah, yang kakinya patah. Rahangnya juga pecah. Kisah Panther pernah kuceritakan  di sini . Apa nak kukongsikan adalah rasa kegembiraan. Panther telah memenangi perjuangan. Terima kasih atas doa kalian, dan juga sumbangan. Aku tidak berpeluang menjaganya sendiri. Keadaan Panther semasa kritikal. TERIMA KASIH  SI HOME SHELTER Kerana kalian sudi. Kerana kalian pakar mengendali. Kehebatan pasangan suami isteri. Pengasas shelter yang cukup berdedikasi. Penyelamat kucing dan anjing tak bertuan. Semoga urusan sentiasa dipermudahkan.

Puisi Buat Dia

Puisi  buatnya. Sedikit berkarat sejak yang  pertama . Hala tujunya kuikutkan saja. Jemariku tekan melulu. Memanggil idea mengunjung benakku. Agak kaku, mungkin sedikit malu. Keteruskan. Angin meniup lembut diriku. Bukan di tepi pantai. Tapi di ruang tamu, berkipas. Hampir jam 6 di waktu petang. Esok cuti, terselit sedikit kelegaan di hati. Kutenung kaca mata di depanku. Dah lama tapi banyak berjasa. Saat ini aku terfikir. Senyum terukir di bibir. Barangkali tidak banyak di mata mereka. Namun diriku merasa gembira. Syukur kepadaNya. Aneh ataupun tidak. Gembira itu boleh datang tiba-tiba. Teringat kepada si bonda. Baru tadi kuterima mesej darinya. Tersenyumku membaca. Kata-kata indah wanita sempurna. Di mata anakanda. Bonda di FELDA, aku di kota. Tiga jam sahaja. Andai nak dikirakan. Jikaku bawa kereta. Jarak perjalanan. Selagi berdaya. Kan kujenguk sekerapnya. Selagi bekerjaya. Kan ku hulur seberapa sahaja. Setiap doa, biar yang baik sahaja. Yang baik sahaja dimakbulkan untuknya. Tak p

Progress

Baru semalam aku berbual dengan tunangku. “Lama tak update blog, rindu rasanya.” Seperti biasa dia menyokong dan memberi kata galakan. “Keep on writing, never give up.” Cukupku senang dengan apa yang diutarakannya. Syukur, laluan hidupku dihiasi titik pertemuan, jalan seiringan dengannya. Lantas aku terfikir, kisah apa nak dikongsikan kali ini. Terus terdetik rasa untuk mencatat perkembangan terbaru hidupku kebelakangan ini. Ada atau tidak pembacanya, itu nombor dua bagiku. Jika kalian tetap juga sudi membaca nukilanku, pintaku padaNya mudahan terdatang walau sedikit manfaat buatmu. There is no coincidence. Setiap lintasan mata atau pertemuan dalam hidup kita pasti ada makna atau hikmah tersendiri. Barangkali ada sesuatu yang mendorong kalian membaca nukilanku ini. Pastilah Dia yang mendorongku untuk menulis hari ini.  Jumaat, hari yang cukup hebat.  Oh ya, beberapa minggu lepas sempatku menyertai Barbie Run di Shah Alam. Tidak berpingat tapi Alhamdulillah bermanfaat. Jujur, sejak aku