Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Dua Perkara

Dua perkara aku belajar minggu lepas. Jujurnya, dua benda ini kupelajari di satu sesi makan tengahari dengan sahabatku. Cukup berilmu dia. Setiap tutur katanya, pasti ada ilmu tersirat yang dapat kuingat. Terima kasih sahabat yang bermanfaat. Masa. Lagi banyak guna, lagi banyak kita dapat. Matriks kebahagiaan / kekecewaan. Kita yang tetapkan pada diri sendiri. Masa Tertarik betul aku dengan formula ini. Yakni selalu kita merasakan tidak cukup nak dibuat itu mahupun ini dalam sehari. Rupa-rupanya bila kita buat sahaja tanpa fikir itu ininya, selesai.  Semudah membersih rumah. Dulu selalu kurasa terkejar nak memvakum lantai si rumah sewa. Hinggalah ada satu masa kufikir, “Ahh.. buat saja, lama-lama tak terasa lecehnya.” Bila dah ter-rutin dalam diri, tanpa sedar ada masa mencari indoor-hobby. Dah lama kuteringin menghias ruang rumah dengan tumbuhan hijau. Letak pula dalam pasu kecil, comel - cukup ku igau. Alhamdulillah, adalah 3 pasu kini di rumah. Yang satunya kujaga dulu bagi pihak ib

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,

Depression

It is a real thing. Disclaimer: Whatever I am about to share below is just my personal experience with depression. It may vary from an individual to another. Don’t ya’ll use it against me please. Sebenarnya, berat juga nak ku kongsikan kerana ianya terlalu personal bagiku. Tapi aku rasa perlu untuk melepaskan sekatan di dada ni dan manalah tahu mampu membantu sesiapa yang mengalami perkara sama. It is a real illness guys. You know, scientifically ada chemicals yang tak balanced in our bodies that can trigger certain thoughts in our brain to think of on-going negative thoughts. Macam mana cik Eni boleh terkena depression? To tell you the truth, only Allah is the best of Planner.  Nak tahu macam mana tiba-tiba aku tahu I’m one of them? Here’re my simptoms: Tiba-tiba aku hilang minat dengan my daily activities. Dulu suka hiking, hangout dengan kawan-kawan. Tiba-tiba lost interest langsung. I’m tired ALL the time. Padahal tak buat apa sangat pun tapi badan rasa macam dah ran a half maratho