Skip to main content

Dua Perkara

Dua perkara aku belajar minggu lepas.

Jujurnya, dua benda ini kupelajari di satu sesi makan tengahari dengan sahabatku. Cukup berilmu dia. Setiap tutur katanya, pasti ada ilmu tersirat yang dapat kuingat. Terima kasih sahabat yang bermanfaat.
  1. Masa. Lagi banyak guna, lagi banyak kita dapat.
  2. Matriks kebahagiaan / kekecewaan. Kita yang tetapkan pada diri sendiri.


Masa

Tertarik betul aku dengan formula ini. Yakni selalu kita merasakan tidak cukup nak dibuat itu mahupun ini dalam sehari. Rupa-rupanya bila kita buat sahaja tanpa fikir itu ininya, selesai. 

Semudah membersih rumah. Dulu selalu kurasa terkejar nak memvakum lantai si rumah sewa. Hinggalah ada satu masa kufikir, “Ahh.. buat saja, lama-lama tak terasa lecehnya.”

Bila dah ter-rutin dalam diri, tanpa sedar ada masa mencari indoor-hobby. Dah lama kuteringin menghias ruang rumah dengan tumbuhan hijau. Letak pula dalam pasu kecil, comel - cukup ku igau.

Alhamdulillah, adalah 3 pasu kini di rumah. Yang satunya kujaga dulu bagi pihak ibu. Anganku nak punya ruang sendiri, segar dengan tumbuhan malar segar. 

My own little jungle corner, in the midst of the life in the city. A fresh space for my green-yearning devotion, transferring carbon dioxide to oxygen. Subhanallah, Allah knows best the remedy of my depression.

Begitulah kisahku yang boleh dikait dengan masa. Perkara satu dari yang dua, kusebut tadi di ayat mula.

Matriks Kebahagiaan dan Kekecewaan

Perkara kedua. Yang ininya menyentuh tentang bagaimana matriks atau benchmark yang kita tetapkan pada diri kita, menjadi punca rasa gembira atau kecewa kita.

Hidup kita ini dikelilingi matriks. Rata-rata gembira atau sedih kita - jika tidak berdasarkan penanda aras yang kita sendiri reka, pasti berdasarkan pattern masyarakat sekeliling yang dah terbiasa.

Contoh yang nak ku ambil dari diri sendiri - saat aku menenggelamkan diri, overdosed dengan buku-buku self-help. One of my side effects of reading plenty of self-help books was that aku terbawa-bawa atau terlebih positif. Yakni terlalu yakin I can get almost everything in this world.

Teka apa jadi seterusnya? Bila harapan dah membuak-buak tapi sebenarnya realiti hidup masih sama - rasa kecewa pasti menyapa. 

Salah siapa? Ku muhasabah diri semula. Nak terlalu menyalahkan diri, boleh membawa ke depresi  Nak menyalahkan situasi, itukan memang takdir Ilahi? 

Kedua perkara harus seimbang, itu jalannya. Sudah diajar Islam, bersederhana itu sebaik-baik cara - nak dinafikan apa lagi wahai diri yang berkelana?

Lantas berbaliklah aku kepada asasnya. Buat apa pun biar berpada. Bila gembira jangan terleka, sedih jangan terbawa-bawa. Pengujung hari - hanya Dia Yang Kekal Ada, Berkuasa Mengatur Segala.

Oh ya, apa khabar yang sedang membaca? Elok baik hendaknya ya?

-Eni-

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Melepaskan

Jam di dinding menunjukkan 8.47pm. Aku sedang menunggu ketibaan suami di rumah. Baru tadi aku selesai memasak dinner. Alhamdulillah. Cukuplah rasanya kari ikan bawal hitam, berteman sayur kobis & ikan masin untuk kami menjamu selera dengan nasi malam ini. Rezeki. Kalau di zaman bujang dulu cukup berat aku nak ke dapur. Mungkin inilah yang dikata lumrah bila dah berumahtangga. Memasak tak lagi terasa berat seperti dulu. Dalam seminggu dua ini banyak aku bermuhasabah diri - tentang melepaskan perkara-perkara yang berlalu dan yang terjadi. Barangkali kesan terapi yang kujalani sepanjang merawat sakit depresiku telah mengajarku cara ‘melepaskan’ ini. Dulu, hatiku sering terbeban dengan perkara-perkara ‘jika ini’, ‘jika itu’ sehinggakan aku tidak berada ‘in the moment’ dalam hidupku. Otakku sentiasa ligat memikirkan hari semalam apa yang jadi, esok lusa apa pula munculnya.  Ternyata hal-hal itu telah merampas nikmat diriku untuk berada in the moment. Lantaran aku juga tersangkut pen...