Skip to main content

Penemuan

5 Oktober 2019


Secawan susu suam dalam cawan oren di sisiku. Hampir habis kuhirup. Sambil mata aku melihat hasil belianku di KL Alternative Book Festival (KLABF) 2019 tadi. Maghrib sudah, makan malam pun sudah. Sedang dalam nak melapangkan perut kenyang tergerak hatiku nak menulis di malam Sabtu ini.


Sebenarnya bukan perancanganku pun nak ke KLABF sana tadi. Agenda utama harini menghadiri majlis aqiqah anak kedua rakanku di Puchong di tengahari. Kebetulan suamiku mengajak ke sana lantaran aku tidak keberatan mengekorinya.

Sesampai di Publika kami parking di B6, naik ke aras UG.

Gulp, sempat kuteguk seketika susu di cawan tadi. Separuh jalan lagi nak habis ni. Sambung...

Kulihat terdapat beberapa, tak banyak tapi kalau nak dikira mungkin ada dalam 10 ke 12 juga meja-meja yang menjual karya-karya mereka. Ada yang karyanya lebih radikal, punk-ish gitu ada juga anak-anak muda menjual zine & stickers comel - sempat kucapai beberapa. 

Yang kucapai beberapa ni lah yang ku panggil PENEMUAN tak dijangka hari ini. 

Bukan perancanganku pun asalnya nak ke sana. Tapi tak kusangka yang ‘sambil-sambil singgah’ ini lah yang kujumpa penemuan yang kena dengan jiwa. 

“Kita tengok-tengok je ye sayang,” kata suami pada awalnya. Nah, sampai gerai pertama aku dulu yang membeli buku puisi Shafiq Said dan stickers muizzah.arts. Aestetiknya kena betul dengan yang kusuka. 

Netramu Buruj di Langit Malam - mengandungi puisi-puisi nukilan Shafiq. Menurut penjual, ada lagi 2 kompilasi sebelumnya namun mengikut fasa hidup si pemuisi ini. Yang pertama ketika bujangya, kedua ketika berteman wanita dan ketiga sesudah dia berumahtangga. Kucapai dan beli yang ketiga. Bagiku representasi hidupnya yang terkini inginku baca.


Stickers muizzah.arts lebih kurang dengan sketches yang pernah kubeli dari sketcher di event di Balai Seni Negara sebulan / dua bulan dulu. Seorang wanita yang hampir umur denganku, lama berhiatus kemudian kembali melukis semula. Aku suka dengan kisahnya, lantaran bersalaman sempat bertukar follow akaun IG dengannya. Sempat kucadang dia membuat post cards atau wish cards dengan menggunakan karya lukisannya. Gembira.


Terus perjalanan kami singgah di meja beberapa anak muda. Aku terlihat satu buku dengan cover lukisan kartun ala-ala zaman Ujang, Apo dulukala. Bertulisan rumi dan jawi. Judulnya Gothik Puaka Edan. Isinya cerita pendek berkenaan kepercayaan hantu puaka di sebuah kampung fiksyen bernama Setoi. RM15 sahaja lantas kucapai senaskah. Nanti kubaca di rumah.


Saat hampir pulang suamiku singgah di satu lagi meja. Nampak biasa saja mulanya. Sekali mataku terpana melihat dua buku yang kutahu siapa penulisnya. Seorang blogger-historian tempatan yang lama kuikuti dan terinspirasi dulu, Srikandi  Dua bukunya dulu pernah aku teringin-terbatal nak beli. Selalu kulihat dipromosi di Facebook dan blognya tapi tangan tak pernah terlepas membelinya.


Senaskah RM45, ada dua buku tulisannya. Satu digelar Kursani Segenap Bimasakti. Dua digelar Rentaka Sekalian Bijasura. Dua kudapat dengan harga RM75. Kujeling izin sang suami, dapat restu terus kubeli. Ini penemuan yang paling aku rai hari ini. Susuk ini dah lama menjadi inspirasiku mencari jatidiri. Penulis sorok identiti yang tinggi pengetahuannya, sejarawan yang walau kini belum lagi - aku pasti suatu hari akan menjadi nama penting dalam mencungkil semula sejarah jatidiri anak bangsa Jawi. Pastilah jika dengan izin Ilahi.


Demikianlah yang kutemui hari ini. 

Sampai di rumah tadi sempat kubelek dinding post di Instagram. Terserempak satu post dari satu susuk anak muda negara yang menjadi pujian negara. Duduknya dia di luar negara bekerja di sana atas kebijaksanaannya. Cukup mendapat pujian kecantikan dan kecerdikannya. Satu saja yang ku sedikit berkonflik. Gaya hidup dan pakaiannya yang cukup luar negara. Ada mengatakan jangan dinilai dari rupa pakaiannya. Ada pula mengatakan tidak boleh sebegitu rupa. 

Bagiku bukan tempat diri untuk menilai baik buruknya. Memang terbukti bijak dan cantiknya. Yang kukhuatir amaun yang memuji mengangkatnya seperti dia tiada cela. Banyak pula anak remaja yang ingin menjadi sepertinya. Otak fikiran terbukaku mahu meraikan kejayaannya, namun otak konservatifku risau jika segala aspek sosialnya juga ingin diikut sama - yakni sesuatu yang janggal dipakai diamal bangsaku. Fikiranku menerawang malam ini memikirkan apa yang seharusnya. Mungkin beberapa ketika juga perlu kuambil untuk menimbang tara mana elok mana buruknya. Wallahu’alam.

Dengan penerawanganku izinkan kuakhiri dulu nukilan malam ini. Semoga apa yang kutemui hari ini menjadi isi yang baik untuk diri. Dan bonus jika kalian yang membaca terisi sekali. 

Sluurp...sedang elok habis susu kuhirup. Semoga menjadi penutup.

Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!”
“Mesti orang fikir aku dah tak siuman.”
“Aku rasa macam dah tak guna hidup.”
“Aku ni hidup menyusahkan orang je.”
“Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.”
Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian.


Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan.
Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’.
Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL.
Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak melaga-l…

Panther Si Kucing Tabah

Urgent, bantuan dana diperlukan untuk kucing yang kami temui jatuh dari tingkat 5 apartment kami adik-beradik.
Panther nama kami beri sempena nama kucing pertama kami di zaman childhood. Lantas saya kongsikan mesej mohon bantuan dana bagi pihak S.I Home Shelter yang baik hati sudi tolong menyelamatkan Panther.

Alhamdulillah setakat 3 Mac 2018 RM500 +- sudah berjaya dikumpul. Mohon kalian lihat mesej & maklumat di bawah dan mudah-mudahan tergerak hati memberi sumbangan. Terima kasih.
“Guys saya baru dapat panggilan dari Dr. Edmund.. Untuk kucing nama Panther.. Doc tak galakkan untuk amputate kaki dia (potong), sebab Doc kata masih ada harapan untuk baik..
Doc bagi last harga.. RM3,000 untuk surgery masukkan besi di kaki panther.. Manakala untuk surgery semula lelangit panther (yang pecah) RM300.. Doc sendiri faham kami rescuer.. Dan bantu kami beri harga rendah..
Disini saya memohon agar kawan2 fb sy bantu saya untuk kumpul dana panther.. Share2 la posting saya ya.. Tag dato datin ke.. …

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis.Maaf kalian.
Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah. 

Nukilan pagi Ahadku.
Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu.
Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan Major Depressive Disorder (MDD) sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya.
Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia.
Menjadi wanita mengandung dan pada masa yang sama…