“Rasa macam nak gila!”
“Mesti orang fikir aku dah tak siuman.”
“Aku rasa macam dah tak guna hidup.”
“Aku ni hidup menyusahkan orang je.”
“Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.”
Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian.
Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan.
Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’.
Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL.
Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak melaga-lagakan orang dan jenis yang tak pernah keluar ayat yang elok dari mulut.
Ingat, BAIKLAH DENGAN DIRI SENDIRI. Sentiasa jadikan tabiat untuk MEMAAFKAN diri setiap hari. Eh, eh.. panjang pulak aku berleter ni, padahal tengok tajuk cakap macam mana nak dapatkan bantuan psikiatri kan? Meh sini nak kasi.
Langkah-langkah mudah dapatkan bantuan psikiatri:
- Pergi ke mana-mana Klinik Kesihatan kerajaan berdekatan.
- Pergi ke kaunter dan daftarkan diri untuk dapat rawatan. Masa ni kalau tak cerita masalah yang dilalui pun tak apa. (Lagipun kita ni bukan jenis mudah je nak luah kat sesiapa kan?)
- Bila dah sampai giliran, luahkan saja kepada doktor / pegawai perubatan bertugas. Ceritakan simptom-simptom korang (cth: susah tidur malam, selalu bermimpi ngeri, sentiasa rasa kosong / sedih, sukar nak bagi diri rasa gembira, jantung sentiasa berdebar (selalu resah) dsb.)
- Doktor / pegawai perubatan akan catatkan dan jika mendapati korang memerlukan bantuan segera / lanjut - mereka pasti akan rujuk anda ke hospital berdekatan (atau yang korang prefer) bahagian psikiatri / kaunseling. Percayalah di tahap ini korang mesti akan rasa ringan sikit dari beban berat yang korang tanggung tu. Pedulikan apa kata orang, keluarga atau sesiapa pun. Saat ini, HANYA FOKUS PADA DIRI ANDA.
- Jika korang dapat appointment hospital pada hari yang sama, terus ke hospital. Jika pada tarikh tertentu jangan lupa set reminder di telefon anda supaya tak terlepas tarikh. Pengalaman aku dulu aku buat semua ni seorang. Kalau korang berteman pun bagus juga, cari seorang yang boleh dipercaya. Kalau tak ada pun tak ada hal, EVERYTHING IS GOING TO BE JUST FINE.
- Dah sampai hospital daftarkan diri dan buat pembayaran di kaunter daftar & bayar (jangan risau kalau hospital kerajaan murah je, aku buat di Hospital Ampang, Selangor. Setiap kali appointment RM5 je). Masa di kaunter tanya mana jabatan / unit psikiatri.
- Maka bermulalah perjalanan korang mendapatkan rawatan. Nanti hospital akan bagi kad kuning untuk tarikh-tarikh temujanji korang yang akan datang. Luahkanlah segala apa yang korang rasa kepada doktor yang bertugas tu. Mereka ni professional dan sangat faham dan tahu situasi yang korang alami. Jadi tak perlu khuatir lagi.
- Selesai sesi konsultasi dengan doktor, korang akan diberi tarikh temujanji akan datang. Seperti biasa, jangan lupa set reminder dekat telefon ok? Jika bekerja, korang boleh minta sijil cuti sakit (MC slip) untuk hari tu. Kan sonang ;)
- Akhir sekali, korang pergi kaunter ubat (jika doktor beri preskripsi ubat). Balik rumah, lapangkan fikiran dan makan ubat seperti dinasihatkan.
InshaaAllah your road to recovery has started. Jika ada rasa cemas atau apa-apa yang luarbiasa sebelum temujanji seterusnya korang boleh je telefon jabatan / unit psikiatri hospital berkenaan. Mereka sentiasa sedia untuk bantu anda.
Masuk tahun 2019 ni dah hampir 2 tahun aku mendapatkan rawatan. Alhamdulillah sangat membantu bahkan aku juga dari bujang, sekarang dah bersuami. Dan jodohku juga muncul semasa aku dalam keadaan teruk sakit (sebab tu lah kot pilih jadi suami >.<). Begitulah nikmat / rezeki Allah nak bagi ni kadang-kadang di masa yang tak terjangka. Ada hikmahnya juga aku sakit.
Akhir kata dari aku untuk korang di post ni, ingatlah kita, Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu dihadapi. Sakit tu kan penghapus dosa. Maka senyumlah kalian, Allah kan ada :)
Sekian, Assalamualaikum.
this is really good sharing eni . =)
ReplyDeleteAlhamdulillah, thanks Unid :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Sangat bagus
ReplyDeleteTerima kasih, mudah2an bermanfaat.
DeleteSharing yg Sangat membantu.. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih Fifi. Take care & jangan lupa forgive & be kind to yourself. 😊
Delete