Skip to main content

Hari Semakin Mendekat

Semakin dekat tarikhnya. Berdebar pula aku.

Tak sangka sebatang tubuh di usia 30-an ini berpeluang merasa nikmat persiapan untuk berdua. 

Pernah satu saat bila diri tidak kuat, ku terdetik rasa, “barangkali jodoh tak kunjung tiba.”



Biasalah, monolog hati wanita - fitrahnya seperti ombak. Ada ketika melambung gembiranya, ada masa terjunam bila rasa hiba.

Semoga dipermudahkan urusanku dan dia yang ini, dengan berkat dari Ilahi. Sepuluh tahun jika dikira, usia perkenalan kami berdua. 

Jujur tak pernahku sangka akan memilih dia, menjadi imam diriku yang tenggelam. Datang dia disaat ku rendah - rebah tidak mahu lagi mengendah.

Perjalanan kami masih sangat hijau. Tak terbanding kisah cinta hebat lain yang disebut sering. 

Namun walau kurang - ingin juga kucatat dan kubilang. Catat perasaan yang rasanya aku sedang. Bilang turun hari penyatuan kami yang bakal datang.

Mudah-mudahan Dia melancar, usaha dia yang sudah melamar. 

Harap-harapnya Dia menyenang, langkah-langkahku hari ini dan mendatang.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah, ...

Diri Sendiri

Dalam hidup saya, saya selalu dengar "kita kena sayang diri sendiri dulu sebelum kita boleh sayang orang lain."  Setakat mana anda setuju dengan statement ni?  Pada saya, setiap orang ada perjalanan sendiri. Dalam zaman yang banyak distractions macam sekarang, mudah untuk kita termasuk dalam perangkap 'membanding-banding diri kita dengan orang lain'. Membanding-banding  Ya lah, lagi-lagi bila mata dan fikiran kita selalu disibukkan dengan paparan dekat facebook, instagram, twitter, snapchat etc (saya lebih aktif di IG sejak saya decide untuk maintain satu akaun media sosial sahaja sekarang).  Jadi bila kita tengok paparan-paparan hidup orang lain di media sosial, kadang-kadang (atau kebanyakan masa 😝) kita tak sedar yang kita mula membandingkan hidup kita dengan orang-orang tu.  Trust me, I was guilty of that too at times. Fokus dengan perjalanan diri sendiri Satu pengajaran yang saya belajar sepanjang dah hidup setakat tahun ke 30 ni ( yass I'm 30 this yea...