Skip to main content

Panther Si Kucing Tabah

Urgent, bantuan dana diperlukan untuk kucing yang kami temui jatuh dari tingkat 5 apartment kami adik-beradik.

Panther nama kami beri sempena nama kucing pertama kami di zaman childhood. Lantas saya kongsikan mesej mohon bantuan dana bagi pihak S.I Home Shelter yang baik hati sudi tolong menyelamatkan Panther.


Alhamdulillah setakat 3 Mac 2018 RM500 +- sudah berjaya dikumpul. Mohon kalian lihat mesej & maklumat di bawah dan mudah-mudahan tergerak hati memberi sumbangan. Terima kasih.

“Guys saya baru dapat panggilan dari Dr. Edmund.. Untuk kucing nama Panther.. Doc tak galakkan untuk amputate kaki dia (potong), sebab Doc kata masih ada harapan untuk baik..

Doc bagi last harga.. RM3,000 untuk surgery masukkan besi di kaki panther.. Manakala untuk surgery semula lelangit panther (yang pecah) RM300.. Doc sendiri faham kami rescuer.. Dan bantu kami beri harga rendah..

Disini saya memohon agar kawan2 fb sy bantu saya untuk kumpul dana panther.. Share2 la posting saya ya.. Tag dato datin ke.. Mana tau bole bantu..

Sejujurnya saya xnk ambil kes ni ikutkan hati sebab keadaan kami agak susah kebelakangan ini..Semalam ada kes yg kami terpaksa tolak sebab nak fokus pada kes yang ada dan bg kewangan kami kukuh sedikit.. Ada yang suggest untuk suntik matikan panther kalau tiada yang menjagany.. Sy tiada pilihan selain ambil panther dan jadikan dia family saya.


Untuk pengetahuan semua.. Panther ialah kucing yang patah kedua dua kaki depan (selepas xray semula) dan pecah rahang lelangit punca jatuh dari tempat yang tinggi

Mohon share semua
Sesiapa yang sudi bantu mohon whatsaap saya 013 5131 833 atau salurkan ke acc suami saya

Maybank - 562272615543 -Muhamad Razeef Che Shamah   
                               
CIMB - 7011298684 - Muhamad Razeef Che Shamah”




Semoga kebaikan anda dibalas kebaikan tak terhingga dariNya.

Updated:
Status terkini Panther 16 Mac 2018 

Much love,
Eni

Comments

  1. 80% percent recovery now...mantap panther!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Melepaskan

Jam di dinding menunjukkan 8.47pm. Aku sedang menunggu ketibaan suami di rumah. Baru tadi aku selesai memasak dinner. Alhamdulillah. Cukuplah rasanya kari ikan bawal hitam, berteman sayur kobis & ikan masin untuk kami menjamu selera dengan nasi malam ini. Rezeki. Kalau di zaman bujang dulu cukup berat aku nak ke dapur. Mungkin inilah yang dikata lumrah bila dah berumahtangga. Memasak tak lagi terasa berat seperti dulu. Dalam seminggu dua ini banyak aku bermuhasabah diri - tentang melepaskan perkara-perkara yang berlalu dan yang terjadi. Barangkali kesan terapi yang kujalani sepanjang merawat sakit depresiku telah mengajarku cara ‘melepaskan’ ini. Dulu, hatiku sering terbeban dengan perkara-perkara ‘jika ini’, ‘jika itu’ sehinggakan aku tidak berada ‘in the moment’ dalam hidupku. Otakku sentiasa ligat memikirkan hari semalam apa yang jadi, esok lusa apa pula munculnya.  Ternyata hal-hal itu telah merampas nikmat diriku untuk berada in the moment. Lantaran aku juga tersangkut pen...