Skip to main content

Bukit Sapu Tangan 2018

Sabtu, 13 Januari. Lokasi hiking pertama di tahun 2018. Bukit Sapu Tangan.  


Terletak di Taman Botani Shah Alam

Kisah bermula...

6.30 pagi. 

Astaghfirullah baru tersedar ku dari lena, sudah lewat dari yang kujangka. Ku dail rakan di hujung talian, mujur dia memahami kekhilafan.

Pelan asalnya hendak berempat, di saat akhir seorang tak sihat. 

Sambung...

Bersegeralah bersiap, lantas jam 7 baru kugerak. Kereta kutuju ke kediaman Munira, rakan seusia dan teman sekerja. 

Elok pekertinya si anak dara, pendiam pemalu tapi berilmu. Untung rezekiku berkenal bertemu. Munira kujemput jadi teman memandu.

Seorang lagi kerkarakter unik, namanya elok kupanggil Unid

7.30 pagi.

Sudah tiba Unid di Taman Botani, tempat bertemu seperti dijanji. 

Sungguh kusuka bersahabat dengannya, insan cukup menepati masa, memang salahku terlambat pula, saat ditegur kutadah telinga.

8.30 pagi. 

Kami berkumpul di parkir kereta, ke kaunter tiket RM3 sekepala. 

Sarapan dibungkus menjadi bekalan, minum dan makan di kafe taman. Alhamdulillah perut elok kekenyangan, sedang elok sebagai persiapan. 

9.00 pagi. 

Mujur diambil gambar peta, melangkah naiklah kami bertiga. 

Syukur tak sukar menavigasi laluan, jasa papan tanda permudah perjalanan. 

Dengarnya jalan juga bertar, jadi hati pun kurang berdebar.


Saat perjalanan dimula. Kuberi senyuman mata.


Peta berjasa.

Hujan renyai tidak menghalang, menambah kabus suasana yang tenang. Kaki melangkah berselang perbualan, terserempak orang diukir senyuman.

Ada masa perjalanan dihenti, air diteguk elak dehidrasi. Sempat juga bergambar berselfie, atau menjamu mata memerhati.


Saat bergambar duduk, terlihat cameo abang beg oren.

Sedang menghampiri puncak destinasi, jalan berbelok cantik menanti. Tak mahu pula kukongsi gambarnya, nanti ke sana kalian lihat di mata.

Cuaca elok tak terasa letih, udara dihirup juga bersih, dua sekawan kami berselisih, sampai dipuncak berkongsi kuih.


Geng kongsi kuih. Dua di belakang, teman berselisih. 

Sayang pula pabila di puncak, menara tinjaunya sudah rosak. Andai tidak, boleh kujejak. Ingin kunaiki melihat pemandangan, (Shah Alam) kawasan kutimba pelajaran.

Setengah jam dihabiskan di atas, kami pun turun setelah puas. 

Sedang turun...

Mohon peringatan buat kalian, pastikan kasut sesuai bercengkaman. Lagi-lagi selepas hujan, berhati-hati jangan gelinciran.


Ekspresi melihat kehijauan.

Boleh dikata segalanya lancar, ada juga saat gentar - ketika terserempak si ular daun, ketika kami sedang turun. 

Sang menjalar diberi ruang, jarak dijaga laluan tak dihalang. Nama juga kami yang melawat, harus menghormat penghuni habitat.

12.30 tengahari. 

Alhamdulillah akhirnya selesai misi. Bersurai kami selepas makan tengahari.

Cerita yang ini sekadar santai  perkongsian untuk sahabat handai.

Baiklah... 

Izinkan aku mengundur diri, habislah dulu setakat ini. Lain misi berbeza isi, jumpa lagi di lain hari.

Assalamualaikum & salam sejahtera :) 

Comments

  1. Hijau... tema blog =) . Next time hiking lagi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Thanks Unid. Yes, ada rezeki kita ke Bukit Kutu pulak yea.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah, ...

Diri Sendiri

Dalam hidup saya, saya selalu dengar "kita kena sayang diri sendiri dulu sebelum kita boleh sayang orang lain."  Setakat mana anda setuju dengan statement ni?  Pada saya, setiap orang ada perjalanan sendiri. Dalam zaman yang banyak distractions macam sekarang, mudah untuk kita termasuk dalam perangkap 'membanding-banding diri kita dengan orang lain'. Membanding-banding  Ya lah, lagi-lagi bila mata dan fikiran kita selalu disibukkan dengan paparan dekat facebook, instagram, twitter, snapchat etc (saya lebih aktif di IG sejak saya decide untuk maintain satu akaun media sosial sahaja sekarang).  Jadi bila kita tengok paparan-paparan hidup orang lain di media sosial, kadang-kadang (atau kebanyakan masa 😝) kita tak sedar yang kita mula membandingkan hidup kita dengan orang-orang tu.  Trust me, I was guilty of that too at times. Fokus dengan perjalanan diri sendiri Satu pengajaran yang saya belajar sepanjang dah hidup setakat tahun ke 30 ni ( yass I'm 30 this yea...