Skip to main content

NikmatNya

Hidup adalah indah. Baik kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Kerana apa?

Kerana kehidupan merupakan ciptaan Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya segala yang diciptakanNya adalah sempurna. Segala puji bagi Sang Pencipta, Maha Agung dalam segala sifatNya.

Walaupun hidup tidak selalunya nampak sempurna di mata 'yang dicipta',  hidup itu adalah ujian sempurna oleh Yang Maha Esa. Buat hamba yang diberi hak merencana untung nasibnya, bekal selepas mati di dunia sementara.

Sesungguhnya ketidaksempurnaan itu berpunca dari keterbatasan manusia, sang dicipta - mata kepala, mata hatinya. 

Sedangkan Sang Pencipta, tidak mungkin terbatas sifatNya.



"It is not that the eyes cannot see, but it is the hearts that are blind." 

Kita lihat pada dunia, banyak tanda-tanda kekuasaan Yang Maha Esa dihampar di depan mata. Namun pancaindera tak terkejar menyaksikannya. 

Lihat pada dunia, banyak sekali nikmat yang dikurniakannya. Namun lidah, tak terkejar mensyukuriNya. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Jadilah kita sang dicipta yang tidak lupa.

Yang tidak lupa mensyukuri nikmat-nikmatNya.  3 jenis nikmat yang disebut Ibnul Qayyim rahimahullah:

  1. NikmatNya yang nampak di mata.
  2. NikmatNya yang diharapkan kehadirannya.
  3. NikmatNya yang tidak dirasakan.


Sesungguhnya saya dapat merasa, atas izinNya - betapa nikmat tak disyarat dunia. 

Yakni tak diukur saiznya harta, rupa dan peristiwa. Bila hati tahu mensyukuri, diberi juga apa situasi, takkan rasa kurang bahagia diri. 

Allah, Engkau jugalah Yang Maha Memberi.

Janganlah Engkau kurangkan rasa syukur dalam diri ini. Baik dalam diriku sendiri, mahupun dalam diri yang membaca nukilan ini. Janganlah diri merasa kurang, janganlah diri membanding orang.

Yang Mencipta, berkatilah dan baikilah - permulaan, perjalanan dan pengakhiran kami semua...

Amiin Ya Rabb.

Sekian nukilan.

Assalamualaikum WBT.

Comments

  1. "It is not that the eyes cannot see, but it is the hearts that are blind."

    Al baqarah 7 and 18..

    Keep on writing.. =)

    ReplyDelete
  2. Correct. Thanks for your support.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Melepaskan

Jam di dinding menunjukkan 8.47pm. Aku sedang menunggu ketibaan suami di rumah. Baru tadi aku selesai memasak dinner. Alhamdulillah. Cukuplah rasanya kari ikan bawal hitam, berteman sayur kobis & ikan masin untuk kami menjamu selera dengan nasi malam ini. Rezeki. Kalau di zaman bujang dulu cukup berat aku nak ke dapur. Mungkin inilah yang dikata lumrah bila dah berumahtangga. Memasak tak lagi terasa berat seperti dulu. Dalam seminggu dua ini banyak aku bermuhasabah diri - tentang melepaskan perkara-perkara yang berlalu dan yang terjadi. Barangkali kesan terapi yang kujalani sepanjang merawat sakit depresiku telah mengajarku cara ‘melepaskan’ ini. Dulu, hatiku sering terbeban dengan perkara-perkara ‘jika ini’, ‘jika itu’ sehinggakan aku tidak berada ‘in the moment’ dalam hidupku. Otakku sentiasa ligat memikirkan hari semalam apa yang jadi, esok lusa apa pula munculnya.  Ternyata hal-hal itu telah merampas nikmat diriku untuk berada in the moment. Lantaran aku juga tersangkut pen...