Skip to main content

Puisi Tak Pernah Kosong

Hidup ini tak pernah kosong. 

Setiap peristiwa yang hadir dalam hidup itu merupakan pengisian tersendiri oleh Yang Maha Esa dalam diri kita.

Mempersiapkan diri kita menghadapNya. Astaghfirullah..... bila mengenang betapa banyak diri ini khilaf terhadapNya. 

Memikirkan layakkah berada di TamanNya kelak, dengan amal yang iya dan tidak.

Tidak pernah kosong. Kita menang sesuatu hari ini, ada pengertianNya untuk kita. Mungkin terbit angkuh? Atau datang kesyukuran? 

Kita kalah sesuatu esok, ada pengajaranNya. Adalah mahu menyalahkan sana sini, ataupun muhasabah kembali kelemahan diri. 

Kita menang kembali. Ah, esok kalah pula. Dan menang semula. Begitulah kitaran sampailah muncul pengakhiran di dunia. Meter iman sentiasa ada turun naiknya. 



Saat diri terasa berat, timbang semula adakah kita ada menjauh dariNya? Saat datang ringan, mungkin ada kesakitan yang kita sabarkan, dilihat oleh Tuhan lantas Memudahkan.

Puitis kadangkala nukilanku. Bukan untuk jamuan pancing puji dan ampu, namun perkongsian manalah tahu, mampu menolong sekeliling yang turut ingin mencari ilmu. 

Ya Rabb, tambahkanlah pengetahuan atas bawah, luar dalam, kiri kanan - kami yang berTuan.

Cantik. Cantik setiap ciptaan. Setiap makhluk yang tegak tunduk. Tegak dengan kebenaran, tunduk dengan kekhilafan, hanya Tuhan yang mampu mengampunkan. 

Kadangkala perjalanan tidak jelas, rupanya hati yang tidak ikhlas, mengharap petunjuk Yang Maha Khas, akhirnya tertunduk barulah jelas. 

Hidup biar berjasa. Besar kecil tak perlu dibeza. Utamanya niat khas istimewa, buat Yang Telah Mencipta. 

Akan sempurna akhirnya, kitaran putaran yang ditetapkan Dia.

Maha Suci, Segala Puji, Maha Besar - hanya untuk Dia.

Semoga diterima,
Amiin..

Comments

  1. Its nice to read something that truly come from heart...

    Ahhh...something which is rarely now to be found...

    On additional note...

    Hidup ini merupakan tarbiah dariNya.. Setiap yang berlaku.. AturanNya...semuanya untuk kita... Sama ada kita dapat memahami atau tidak..juga pilihanNya...bagi yang berakal,pasti sedar.. Ia adalah rahmat dan kasih... Kasih dan sayangnya pada kita.. Ar Rahman.. Ar Rahim... =)

    ReplyDelete
  2. Well said. Alhamdulillah semoga ada pengisiannya utk tuan/puan/cik. Setuju - semua yg datang adalah tanda kasih sayangNya pada kita. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,