Skip to main content

Tahun Baru Nan Hijau



Selamat Tahun Baru teman-teman. 

Mudahan 2018 membawa keberkatan, kekuatan, rezeki dan ikhlas hati - buat kalian dan diriku sendiri. Amiin..

Kisah pagi Sabtu yang lalu...

Tiga sekawan, seiman, sefahaman - terjebak penerokaan yang spontan. 

Niat sebenar bersarapan pagi, muncul idea pergi mendaki. Bukit Gasing nama diberi, menjadi pilihan tiga saudari.

Sesudah subuh pagi dimulakan, setengah tujuh kaki berjalan. Dua roti menjadi bekalan, setengah lapan bertemu teman.

Dengan Bismillah naik bertiga, tinggi rendah altitud dirasa. Sekejap kering lecah pun ada, berselut sedikit namun tak mengapa.


Tiga saudari. Beserta fakta sang labah-labah.

Kadangkala kaki tersadung, dek akar pokok yang elok terselindung. 

Bila difikir menjadi pengingat. Turun naik kemudian tersekat. Lumrah hidup, begitulah adat.

Di tengah hutan kami berhenti, duduk bertiga sekeliling diteliti. 

Sedang menjamah hijau pandangan, lupa sebentar kesibukan harian. 

Dongak ke langit terlihat kanopi, hijau menapis sinar mentari, jalur lengkok tersusun rapi, terasa redup sampai ke hati.


Sang kanopi.

Sedang bertiga keluar segala, luah hati dan kata-kata. 

Tiga sahabat ada masa berdebat, namun bukan mencari yang hebat. Berkongsi pendapat semoga tepat, sebagai bekal perbetul niat.

Sahabat yang baik itu rezeki, ikhlas setia mana nak cari? Siapa lagi ingin kupuji, jika bukan Yang Maha Memberi. 

Bagaimana mungkin hati tak terpana, melihat kehijauan di depan mata. 

Jika diberi izin olehNya, ingin selalu aku meneroka, laluan hijau yang lebat flora, berselang-seli bunyi seranggga. 

Di bukit tersimpan, indah kiri dan kanan, perjalanan diteruskan.

Turun bukit hampir tengahari, usai turun bersantap pagi. Syukur perut kenyang diisi, separuh hari sedang elok diakhiri.

Demikian kisah ingin dikongsi, modal kenangan tahun berganti. Andai berguna aku syukuri, jika tidak - ditegur kusudi.

Assalamualaikum & sejahtera buatmu pembaca nukilanku :)

Comments

  1. Waalaikummusalam..:)

    ReplyDelete
  2. Hai Eni!! Reen datang menjenguk sini..

    Bestnya leh dpt daki bkit dgn bff kan.

    btw, happy blogging :)

    ReplyDelete
  3. Hi Reen. Thanks for singgah ke sini. Alhamdulillah haritu berpeluang hiking. Next time dtg KL roger2, kit gi jogging/hiking sama2 k ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y