Skip to main content

Pengalaman Baru

Jadi alkisahnya saya diajak menyertai persembahan tarian India oleh rakan-rakan sekerja saya. Bos besar nak datang dari UK jadi kebetulan dengan sambutan Deepavali / Diwali di pejabat kami.

Bukanlah persembahan profesional, untuk seronok-seronok saja. Tapi tetap kena berlatih juga kan? Persembahan 8 November 2017, tarikh mula latihan pula 1 November. Tambah tolak, ada 5 hari untuk berlatih koreografi. 

Hari 1 November itu pula, saya kebetulan masih belum sihat demam sepenuhnya. Mujur rakan-rakan dalam Whatsapp group kongsi medley lagu dan video sedutan semasa latihan. Dapatlah berlatih sikit di rumah bersaksikan kakak saya @ tukang komen.


Screenshot video. Jangan tekan, tak boleh play pun 😜.

Kenapa?

Seni tarian (terutamanya tarian tradisional) memang dekat di hari saya. Tiga dari empat abang-abang saya merupakan penari tradisional dan koreografer tarian. Mereka ada kerjaya masing-masing tapi sangat aktif bergiat dari zaman sekolah sehingga alam bekerja secara sambilan dalam seni tarian tradisional Malaysia.

Abang yang kedua, Angah pernah menari dan menjadi salah seorang koreografer Citrawarna beberapa tahun lalu. Dan biasanya majlis perkahwinan adik-beradik kami ada sahaja persembahan kesenian. Terbaru bulan April tahun ini, abang-abang buat persembahan kejutan dan spontan semasa perkahwinan adik bongsu kami. It was a beautiful and meaningful surprise to us all.



Video: Persembahan tarian dari abang-abang di hari berkenaan.

Jadi di sini sudah jelaslah kenapa saya berminat dengan seni tarian.

Sesi latihan seterusnya.

Sambung....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Melepaskan

Jam di dinding menunjukkan 8.47pm. Aku sedang menunggu ketibaan suami di rumah. Baru tadi aku selesai memasak dinner. Alhamdulillah. Cukuplah rasanya kari ikan bawal hitam, berteman sayur kobis & ikan masin untuk kami menjamu selera dengan nasi malam ini. Rezeki. Kalau di zaman bujang dulu cukup berat aku nak ke dapur. Mungkin inilah yang dikata lumrah bila dah berumahtangga. Memasak tak lagi terasa berat seperti dulu. Dalam seminggu dua ini banyak aku bermuhasabah diri - tentang melepaskan perkara-perkara yang berlalu dan yang terjadi. Barangkali kesan terapi yang kujalani sepanjang merawat sakit depresiku telah mengajarku cara ‘melepaskan’ ini. Dulu, hatiku sering terbeban dengan perkara-perkara ‘jika ini’, ‘jika itu’ sehinggakan aku tidak berada ‘in the moment’ dalam hidupku. Otakku sentiasa ligat memikirkan hari semalam apa yang jadi, esok lusa apa pula munculnya.  Ternyata hal-hal itu telah merampas nikmat diriku untuk berada in the moment. Lantaran aku juga tersangkut pen...