Skip to main content

Fixed Mindset atau Growth Mindset?

Sekitar tengah tahun ini saya ada baca buku berkenaan mindset yang membincangkan fixed mindset dan growth mindset.


The book.

Tahukah anda bahawa growth mindset adalah pemikiran yang menganggap cabaran sebagai satu motivasi untuk terus mencapai apa yang dikehendaki. 

Fixed mindset pula menganggap 'if you have it, you have it and if you don't, then you just don't'. 

Hal ini menarik perhatian saya dan selesai membaca buku ni, saya sedar selama ini tanpa sedar rupanya banyak saya gunakan fixed  mindset. 

Barulah saya tahu betapa fixed mindset ini adalah cara pemikiran yang boleh halang kita dari mencapai potensi diri kita sepenuhnya.

Contohnya, semasa di sekolah rendah saya pernah terfikir nak jadi doktor, pereka fesyen. 

Tapi disebabkan ketika itu saya fikir yang bidang kedoktoran terlalu sukar dan ambil masa lama untuk graduate, minat saya mula pudar. Dan bidang rekaan fesyen pula hanya selayaknya untuk 'anak2 org kaya sahaja'. Terus sajalah saya matikan impian saya di situ.

Tidaklah saya nak kata saya menyesal dengan pilihan hidup saya, cuma bagi pembaca yang masih muda dan baru hendak mencorak pilihan karier, ingin saya katakan, "never ever give up on your dreams." 

Baik, dalam kata lain growth mindset percaya yang walaupun tanpa bakat semulajadi, seseorang itu boleh sahaja mencapai apa yang kita mahu dengan usaha dan keyakinan.

Ada juga yang saya tidak 100% ambil dari buku ini kerana sebagai seorang Muslim, kita percaya dengan konsep tawakal serta qada' dan qadar. 

Namun agama kita tetap menyarankan bahawa kita perlu ada usaha untuk capai apa yang kita inginkan demi kejayaan dunia dan akhirat.


Gambar tak berkaitan. Diambil masa berjogging beberapa minggu lepas.

Bagi fixed mindset yang lebih cenderung dengan bakat semulajadi, hanya seseorang yang 'born with it' sahaja, walaupun tanpa usaha keras tetap boleh menjayakan apa yang mereka mahu dengan mudah. 

Jujur, selama ni saya mmg cenderung kepada fixed mindset. Banyak kriteria-kriteria fixed mindset yang disebut penulis bertepatan dgn karakter saya selama ni. 

Setelah sedar, saya sekarang ini sedang dalam usaha menukar pemikiran kepada growth mindset yang lebih boleh membantu saya mencapai potensi diri yang lebih tinggi. 

Alhamdulillah, sebulan dua saya praktikkan growth mindset, rutin harian saya mula terasa lebih mudah. 

Saya juga tidak mudah cenderung berasa kecewa apabila terbuat salah atau terjebak dengan budaya membanding-banding diri dengan orang lain. 

Pernahkah anda dengar tentang growth mindset vs fixed mindset ni? 

Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen atau jika anda pemalu, melalui emel :)

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak ...

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung d...

Melepaskan

Jam di dinding menunjukkan 8.47pm. Aku sedang menunggu ketibaan suami di rumah. Baru tadi aku selesai memasak dinner. Alhamdulillah. Cukuplah rasanya kari ikan bawal hitam, berteman sayur kobis & ikan masin untuk kami menjamu selera dengan nasi malam ini. Rezeki. Kalau di zaman bujang dulu cukup berat aku nak ke dapur. Mungkin inilah yang dikata lumrah bila dah berumahtangga. Memasak tak lagi terasa berat seperti dulu. Dalam seminggu dua ini banyak aku bermuhasabah diri - tentang melepaskan perkara-perkara yang berlalu dan yang terjadi. Barangkali kesan terapi yang kujalani sepanjang merawat sakit depresiku telah mengajarku cara ‘melepaskan’ ini. Dulu, hatiku sering terbeban dengan perkara-perkara ‘jika ini’, ‘jika itu’ sehinggakan aku tidak berada ‘in the moment’ dalam hidupku. Otakku sentiasa ligat memikirkan hari semalam apa yang jadi, esok lusa apa pula munculnya.  Ternyata hal-hal itu telah merampas nikmat diriku untuk berada in the moment. Lantaran aku juga tersangkut pen...