Skip to main content

Weekend Getaway

This one is for you Nadhrah.



Alkisahnya saya terjebak dengan girls weekend escapade pada Sabtu & Ahad baru-baru ni. Idea weekendscapade ni dah lama kami bincangkan tapi tak pernah dapat match kan masa masing-masing. Akhir sekali kami decided nak tak nak kono jadi jugak dan masa yang sesuai untuk kami bertiga adalah weekend 9 - 10 Sept 2017. Alhamdulillah.

Bila dah jumpa masa, kenalah pilih lokasi pulak kan? Cari punya cari, semua hotspots penuh (Port Dickson, Melaka, Janda Baik, Kuala Selangor). Penyudahnya kami bersetuju check in di Sunway Hotel. Walaupun tak jauh dari tempat tinggal masing-masing yang penting kami dapat bersantai bersama-sama di neutral turf. 

Istimewanya weekendscapade ni sebab saya dan seorang lagi sahabat (atau subahat),  nak meraikan rakan yang bakal ke jinjang pelamin hujung bulan ni.
Although it's not fancy, but at least we can have a memory together, a sweet one.


Journey

9 Sept 2017, 9.15am.

Saya naik tren ke Stesen Bangsar. Fatin picked me up and we head straight to Sunway Hotel parking. Tak lama pun, it took us around 15 minutes je from there. Or could it be that the traffic was in our favour that day?🤔


In the train. Sakit mata pulak tengok tisu tersepuk tu.

11.30am

Karaoke 🎤 and lunch di Red Box. Yes, we 3 girls love singing when we're together.

Yup.

2.30pm

Check in hotel. Kelebihan Sunway Hotel ni adalah ianya bersambung dengan Sunway Pyramid shopping mall. Ada laluan sambungan hotel-ke-mall. Sesampainya di hotel kami berehat, solat & bersembang sampai petang. Sempat order McDonald Burger Syok (tengok menu dine in hotel mahai gila!).

Room.

Konon plan nak tidur sekejap. Sembang punya sembang tahu-tahu saja dah hampir dinner time. I guess it's true that time flies fast when you're in a company of people you truly love.

8.30pm

Kami dinner di Thai Thai. Bawak masuk sorang lagi rakan subahat, Aznah. Dia tukang seludup charcoal cake 🎂. Aznah joined last minute sebab Fatin dan saya tak jumpa peluang nak trick Nadhrah in order to seludup masuk cake. (Thanks meknah!)

Yang kelakarnya, sampai restoran tu nak tutup baru cake sampai ke meja kami. Jenuh Aznah hint dekat waiter, "Desserts please" 4 - 5 kali tak jugak sampai. Last-last Aznah bangun ke dapur baru lah dia faham.

Caption this.

Bila hantar sekali pekerja restoran tu nyanyi lagu happy birthday. Epic, just epic. But we've had a good laugh. Lepak punya lepak, 10.30pm baru kami keluar restoran. Dan kami parted ways dengan Aznah (yang pulang ke pangkuan suami dan anak-anak, such a great lady she is).

11pm

Haa, ini part yang saya geram. Fyi, I hate watching horror movie. Pernah sekali tengok horror movie saya tercekup muka pak arab sebelah saya. Malu tercekup muka tu dah satu hal, sekali tengok sebelah dia, 'orang rumah' dia bagi death stare lagi. Can't blame her though. Sejak hari tu, saya nekad tak nak tengok horror movie di movie hall dah.

Until 11pm, 9 Sept 2017 where I broke that promise. Fatin dengan Nadhrah punya pasal, saya terjebak menonton 'IT'. Horror movie pasal badut yang menghantui kanak-kanak. 'IT' ni movie lama sebenarnya. Dan ini jugaklah movie yang buat saya takut nak ke bilik air masa kecik-kecik dulu.


Tapi sayangkan kawan punya pasal, kugagahi jua langkahku. Aiceh. And to no surprise, separuh nyawa saya tahan jerit dalam movie hall tu. Dan sebagai kawan yang baik, si Fatin dan Nadhrah pun mentertawakanku. Who needs enemies when you have friends like these right?

1.30am

Movie habis. Kami berjalan balik ke hotel dan sekitar 2.30am, saya lena. 5.30am, saya tersedar sebab rasa ada sesuatu cuit jari kaki saya. Selak selimut tengok kaki Fatin ada di sebelah, jadi saya sedapkan hati tidur balik. Sekali termimpi ngeri ala-ala scene dalam movie 'IT' tu. Terkejut sebab rasa ada sesuatu cuit hujung kaki saya lagi. Saya nekad bangun dan suluh di hujung-bawah katil. Alhamdulillah tak ada apa-apa.

Tergerak hati nak gerak Fatin dan Nadhrah, tapi tak jadi. Saya decided untuk solat Subuh terus. Alhamdulillah rasa lega lepas tu. Pengajarannya? Jangan jerit lebih-lebih sangat waktu malam. Dan bersyukur sebab dengan izin Allah, digerakkan bangun Subuh.

10 Sept 2017, 8.30am

Kami turun breakfast di restoran hotel. Disebabkan kami bertiga, tambah RM80 untuk breakfast orang ketiga. Not too bad sebab kami bahagi 3.

Alang-alang dah bayar, sampai 10.30am kami di tempat breakfast. Kemudian we grabbed complementary coffee di cafe hotel. Pretty nice Sunway Hotel, bagi free coffee during our stay.

Kami balik ke bilik jam 11, check out time jam 12. Sempat lah bersiap sebelum check out.

After breakfast faces.

12.30pm

Selesai check out. Kami simpan beg di kereta Fatin dan shopping di mall. 2.30pm, Nadhrah's future husband joined us for lunch di nearby Texas Chicken. Alhamdulillah it went well.

4pm

Kami bersurai. Nadhrah was sent back by her husband-to-be and Fatin sent me to Bangsar Station where I took trains back to my place in Pandan Indah.

Alhamdulillah, overall it's been a great weekend aka 24 hours spent with my girl besties. I can't stress enough that having great friends is also a form of rezeki and hope the friendship lasts until Jannah, InshaaAllah.

Well my readers, thank you for reading this. Kalau anda ada cerita menarik tentang weekend getaway anda, sila kongsikan di comments section below.

As usual, feel free to send out your suggestions to my email dengan subject: Groweni. May you be blessed with everything good here and in the hereafter.

Assalamualaikum and enjoy whatever you're doing 😉.

Signing off,
Eni




Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y