Skip to main content

Be Nice

Be nice. Selalu dengar tak term ni?
This is one of my favourite things to say actually.

Saya suka sebab being nice to people is easy. A gesture as simple as putting up a smile pun dah cukup. 


Caption tak berkaitan: Mengidam pulak dah.. nak kono cari ni.

Baik, sambung cerita. Jadi jom lah ikut saya  kupas sikit, senang ke tak untuk praktik tabiat 'be nice' ni.

Telemarketer

Pernah tak terima panggilan telefon dari telemarketer nak jual personal insurans. Rata-ratanya mesti pernah kan? Biasanya kita memang tak nak sign up pun tapi itu tak bukan alasan untuk kita layan orang di hujung talian tu dengan kasar kan?

Be nice. Perhaps we can say something like, "Hi awak/cik/puan/encik (atau sebut nama yang dia perkenalkan diri tu). Terima kasih sebab call, tapi jujurnya saya dah ada / tak berminat untuk sign up personal insurance sekarang ni..... lagi pun saya tengah meeting (or in the middle of something) ni. Thanks for calling, have a good day ahead. Assalamualaikum and bye."

That's not too bad right? Biasanya itulah ayat yang saya guna when I'm being nice to a telemarketer. Kalau anda, macam mana pula? 

Restoran, Kedai Makan mahupun Gerai

Atau di restoran, kedai makan, gerai, warung dsbg. Pernah tak kita ambil masa sikit untuk eye contact (dari mata turun ke hati, gitewww) dengan orang yang melayan kita tu. Not only in fancy restaurants, even di gerai atau kedai-kedai makan biasa pun.

I love it bila kita tahu orang tu penat buat kerja (we know right, everybody has their own journey with every day ups & downs). Kadang-kadang cukup dengan a quick smile and ucapan 'terima kasih', dah cukup untuk mengubah rasa stresss atau bad mood seseorang tu into positivity. 

To be honest, I would. Boleh senyum kambing sorang-sorang dibuatnya. Bila tiba-tiba ada individu yang kita tak jangka, senyum atau berbuat baik dekat kita. 

Ahah, baru je tengah cakap. Tiba-tiba tengah den taip blog ni ada sorang insan baik hati offer tempat duduk kosong di sebelah dia (ajak saya duduk). FYI, saya tengah berdiri dalam LRT ni. Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki dan nikmat Allah tu datang dalam berbagai cara.

Jadi berbalik pada senario di tempat makan tadi, adakah anda salah seorang yang suka put that just a little more effort to tengok dan cakap terima kasih dekat oranf yang melayan anda? Jika ya, give me five! πŸ–πŸ»

To Erryone, Errything Around Us, Errday.

Sedangkan dengan orang yang kita kurang kenal pun kita dianjurkan untuk berbuat baik. Lagi kan pula orang di sekeliling kita, yang rapat, yang selalu lepas muka dia, muka dia jugak kita nampak setiap hari.

Ni golongan yang lagi mudah kita lupa nak be nice to. Terutamanya ibubapa/penjaga (ayat buku teks tetiba ni) dan adik-beradik (true story, story of my life 😜). Sambung cerita. 

Itulah orang tua-tua kata. Bila dekat bau πŸ’© bila jauh bau 🌸. Memang jadi pengajaran juga pada saya, sebab dah biasa dari kecil cara 'kasih sayang' saya dengan adik-beradik kasar. Dan Astaghfirullah, kadang-kadang dengan my mother too (walaupun dah selalu minta maaf time raya dan masa-masa lain yang teringat, mintaklah dijauhkan diri ni dan anda juga yang membaca ni berkasar kata dengan orang tua). 

Secara tradisinya, memang orang Pahang macam saya dan ramai lagi cara bahasanya agak kasar. Tunjuk kasih sayang pun berbunyi kasar biasanya.

Tapi itu bukan penyebab untuk saya bagi 'green light' pada diri sendiri (dan anak-anak saya nanti InshaaAllah) untuk biasakan dengan budaya berkasar ni. 

Mahupun dengan bukan ahli keluarga, tapi sahabat baik, rakan-rakan sekuliah, sekerja, dan pelbagai kategori 'seker', 'sek' dan 'se' yang seangkatan dengannya. Saya nak mengajak diri sendiri dan sesiapa yang membaca post ni, untuk membentuk diri sendiri supaya menjadi manusia yang menjadikan tabiat 'be nice' ni sesuatu yang semulajadi (natural) pada diri. 

InshaaAllah, from now on let's be nicer and nicer to people and things around us, forming great interactions , inspiring beautiful family and society values resulting in a nation with great civic and world view. 

And it all starts with a little awareness, put into practice one step at time, until it becomes timeless. InshaaAllah.

Edited: 13/9/17. I've found this You Are Beautiful article that is relatable to this post.


Mohon undur diri dulu buat masa ni. Macam biasa, please comment below and share your thoughts. Atau secara alternatifnya (kalau pemalu😚) email saya dengan subjek 'Groweni' untuk sebarang pendapat atau cadangan. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y