Skip to main content

Lombok Trip 2017

Awal tahun haritu (Januari) saya berkesempatan backpacking ke Lombok. Alhamdulillah it was my first backpacking trip. 

Eh? Kenapa sekarang baru nak cerita? Haha, sebab saya started my blog only recently dan sengaja saya nak catatkan sebagai kenangan untuk diri saya sementara masih ingat ni. Dan InshaaAllah mana tahu perkongsian ni juga bermanfaat untuk anda yang tengah baca ni. You feel me? Can you? Can you? I surely can feel me 😜. (Okay biasalah selit lame joke sambil-sambil tulis ni.)

Baik, jadi yang membuatkan trip ni lebih istimewa adalah the all-girls concept. Jujur, pada mulanya saya ragu-ragu jugak sebab biasalah, nak kena convince bonda saya dulu, lepastu nak tepis cakap-cakap yang all-girls ke Lombok tu bahaya lah, nanti kena bawak lari lah, kena tipu dan sebagainya. Tapi banyak ahli keluarga dan kawan-kawan yang supportive juga. Alhamdulillah πŸ™‚.



Lokasi: Bukit Merese / Tanjung Aan.

Memandangkan tiket dah dibeli, dan saya pun excited first time backpacking, kugagahi jua langkahku. Gituu... 

Alhamdulillah tengah malam 21 Jan 2017, kami tiga gadis pun berkumpul di KLIA2. Saya bersyukur sebab dapat ikut 2 rakan perempuan yang agak berpengalaman dan very independent. They've helped me alot. A bit of shout for them (Unid, Che' Erah - you two rock!)

Baiklah secara ringkasnya inilah perkongsian sepanjang trip saya ke Lombok.


Lokasi: Air Terjun Sindang Gile, Senaru.

Itinerari (22 - 28 Jan 2017)

Sengaja kami ambil trip 7 hari sebab niatnya untuk tak terkejar-kejar dan supaya dapat betul-betul ambil masa untuk menikmati sesuatu aktiviti atau tempat yang kami kunjungi dan sertai.

Berikut sedikit perincian itinerari sepanjang 7 hari di sana:
  • 2 malam di pulau (Gili Trawangan). Stayed di chalet buluh 2 tingkat, pergi snorkelling, makan seafood berteman bunyi laut (heaven), berbasikal ronda-ronda pulau (adakalanya dalam hujan, but it was fun!) dan tengok sunset.
  • 2 malam di kaki Gunung Rinjani (Senaru). Trailwalk ke Air Terjun Sindang Gile & Air Terjun Tiu Kelep, 1 day trip ke Pusuk-Sembalun, light hiking, Kebun Kopi dan Rumah Adat. Kami tak daki Gunung Rinjani sebab kami di sana cuma 2 malam dan sekurang-kurangnya (dengan tahap stamina kami masa tu) perlu 3 malam menetap di sana untuk trip daki gunung.
  • 2 malam di bandara (Mataram). Stayed di Rumah Singgah Lombok dan berkenalan dengan tuan rumah yang ramah dan very fatherly & motherly (Mama & Bapak) juga berkenalan dengan rakan-rakan backpackers. Bayaran pun mengikut ikhlas (tapi jangan ambil kesempatan), yang penting jaga persekitaran, kesopanan dan kesusilaan (adab sebagai tetamu tu jaga baik-baik lah kanπŸ˜‰). Macam sajak pulak bunyinya ya? Malam Jumaat dapat sertai solat Maghrib & Isya' serta bacaan Yassin beramai-ramai (ukhwah). Esoknya kami plan trip dengan Bapak bawa untuk bawa jalan-jalan, makan ayam taliwang (secara lesehan aka makan bersila atas tikar di kaki lima, new experience), trip ke Pantai Kuta, Tanjung Aan, Desa Sade (melawat suku Sasak dan cuba aktiviti tradisional menenun kain).
  • Pagi hari sebelum flight balik ke KL, sempat melawat dan solat Zohor di Islamic Centre Mosque (Masjid Pusat Islam) yang berjarak hanya 3km dari Rumah Singgah Lombok.


Lokasi: Mataram - lesehan makan ayam taliwang.

Tips / Pengajaran:
  • Nawaitu - saya memang dah niat dalam hati yang saya pergi ni bukan semata-mata nak berhebor (berhibur dalam loghat orang Pahang) je, tapi juga untuk spiritually grow. Jadi trip ke Lombok membuka mata saya tentang perbezaan dan persamaan cara hidup, cara menjaga adab, melihat perkara yang boleh dicontohi dan diteladani, dan paling penting - menambah rasa syukur akan nikmat Allah dari keindahan yang dipapaparkanNya. 
  • Rancang itinerari secukupnya. Buat research masing-masing dan kemudian duduk bersama-sama untuk satukan dan selarikan itenerari yang dah dibuat. Ini saya belajar dari dua rakan trip saya tu. May Allah ease them for they have eased me. 
  • Be open minded & bersedia untuk kemungkinan yang kita tak dapat follow sepenuhnya itinerari yang dah ditulis. Ni perkara paling bermakna saya belajar dari salah seorang rakan trip saya tu (lagi-lagi bila dulunya saya seorang control freak). Bila kita open minded, kalau jadi apa-apa nanti sekurang-kurangnya kita boleh berfikir secara rasional dan tak adalah spoil mood rakan sekeliling.
  • Pastikan anda kongsi emergency contact details (ahli keluarga/kenalan terdekat) yang boleh dihubungi oleh rakan trip anda sekiranya ada berlaku perkara kecemasan. Tak minta jadi, cuma elok berhati-hati.
  • Ambil tahu dan catat nombor kedutaan Malaysia di sana. Juga untuk kecemasan atau perkara luar jangka.
Setakat ini yang dapat saya ingat semula dan kongsikan. Sebarang pertanyaan atau pendapat, seperti biasa boleh komen di bawah atau emel ke enikhalid@yahoo.com.my dengan subjek emel: Groweni

May Allah bless us. 
Signing off, Eni.

Assalamualaikum WBT.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y