Skip to main content

Free Make Up!

FREE MAKEUP ke FREE OF MAKEUP ni?

Assalamualaikum and Hola to all the ladies out there.... 

Dan abang-abang, adik-adik lelaki di luar sana yang tersinggah di post ni dan bakal cakap, "ni post orang pompuan, apo den buek kek sini?" Jangan risau, teruskan baca tak kira apa jantina anda 😎. Semoga bermanfangat (bermanfaat + bersemangat).

Jangan lari topik Eni.

Jadi jawapan untuk ayat pertama di atas adalah 'FREE OF MAKEUP'. Selalu dengar tak topik ni?

So ladies, pernah tak rasa, "bestnya kalau aku x make up and still look good and feel confident"?

Lepastu, one fine day korang pun cuba lah depan cermin belek-belek muka and say, "okay, tak nak make up harini." Few steps nak keluar tiba-tiba ada bisikan syaitonn, "eyh pucat lah, OMG ni muka ke permukaan bulan, what the.. what kind ok skin this is..etc". Naudzubillah min zalik, semoga kita djauhkan dari negative thoughts macam ni.

Okay sambung, dan lantas korang pun tepek lah balik make up to make it look (feel) better. Dah kat luar tiba-tiba rasa menyesal sebab tak stay dengan decision asal, sebab at the end of it, it still doesn't make you (feel) better.

I was guilty of that! Astaghfirullah, insaf. O.o'

Yeay dah free from makeup! 

Alhamdulillah, beberapa (maybe 4) bulan lepas saya buat keputusan untuk bebaskan diri dari make up. Dan fokus lebih kepada skin care je. Semoga istiqamah, Amiin.

Anda pulak? Ingat tak bila first day you go all out without make up? Let us know at the comments below (aiceh macam YouTuber) atau personally share with me via my email (nanti tengok kat hujung post ni mkayy).

Kenapa being free makeup penting untuk saya?

Well, sebab saya buat keputusan to be happy with how I naturally look like. Ni adalah journey saya untuk pertingkatkan penerimaan saya terhadap diri saya sendiri (bukanlah sebelum ni tak terima diri sendiri, tapi saya nak step up to the next level InshaaAllah). 

Mana lah tahu boleh inspire orang lain yang sepemikiran dengan saya pulak, who knows, kan? And my hope is that Allah SWT brings only goodness and beneficial content from this blog of mine ni.

I would like to challenge myself and be able to see the beauty within me even if I don't necessarily suit the mainstream definition of beauty. Dan saya percaya every girls, ladies, women, even men deserve and more than worthy to feel beautiful (or handsome for men) regardless of how far they are from the beauty standard set by the society. After all; trend, standards yang dicipta manusia ni kan berubah-ubah. Hanya standard dari Allah SWT yang kekal dan paling sempurna. All praises to Him the Almighty. 

Beberapa bulan dah berlalu sejak saya pilih nak free make up. Ada harinya goyah tapi Alhamdulillah bila ingat balik what makes me want to do it on the first place, saya teruskan juga.

Kadang-kadang hari yang goyah tu boleh jadi bila kita nampak diri kita macam comot / selekeh semacam depan cermin. Atau kita tafsir pandangan orang dekat kita, macam nampak kita ni like a monster (okay mungkin tak monster, mungkin assistant monster. Okay bad joke). 

Baik, sambung. Boleh jadi orang yang pandang kita tu tak fikir macamtu pun, tapi lumrah manusia, cepat mentafsir pandangan orang pada kita. Entah-entah elok je dia fikir, "nak makan apa ya tengahari ni?". Haa, tu lagi lah, salah satu soalan tersusah di seantero dunia tu. Lagi penting dari nak fikir orang depan dia tu nampak macam mana.

Jadi, point yang saya nampak dekat sini adalah biasanya kita yang terlebih judge diri kita sendiri. Dan bila kita cakap pada diri kita something like, "mesti dia ni fikir aku ni macam ni, macam tu etc..", sebenarnya tu datang dari diri kita sendiri (yang mungkin terpedaya dengan bisikan syaitonn). Tepis bisikan ni, Allah SWT has made us so perfect. Take pride in it 🙂.

Kelebihan bebas makeup

Ini kelebihan-kelebihan yang saya dapat rasa bila dah bebas make up:
  • Obviously jimat dari perlu keluar belanja beli barang make up.
  • My skin can finally breathe.
  • I can see my face, real face more often and feel okay and thankful of it.
  • Menambah rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan buat saya sedar betapa banyaknya nikmat yang Dia berikan, tapi mudah untuk tak terlihat oleh hamba-hambaNya.
  • I learned to love myself more, and allow others to value me for my intelligence, world views, sincerity levels and how I can connect with them instead of my physical beauty.
Anda yang pernah melalui journey yang sama pulak macam mana? Apa kelebihan yang anda dapat dari decision anda tu?

Penafian

Apa-apa pun, penting untuk saya sebut dekat sini kalau ada yang tengah baca ni suka make up, that's totally fine sebab if that is what you love, keep doing what you're doing. Setiap orang perjalanan hidupnya berbeza

Perkara terakhir yang saya nak dari posting ni adalah meng-offend perasaan orang yang love make up. I come in peace ✌️. No hate, only love & positivity allowed in this blog.

This is not the end, but just the beginning.

InshaaAllah saya akan post lagi tentang topik ni. Lagipun, baru beberapa bulan saya dalam journey ni. Mungkin ada lebih banyak findings / penemuan baru yang boleh saya kongsikan.

I will see you in my next posts, InshaaAllah. Stay tune to more content from me.

Jadi untuk sementara waktu ni, emel saya di enikhalid@yahoo.com.my dengan subjek: Soalan Groweni jika anda ada sebarang cadangan atau sekadar nak berkongsi rasa and need a friend to talk to. Dan boleh jugak post komen di bawah untuk memeriahkan ruangan ni 😊.

May Allah bless us.




Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Cantik Muka

Assalamualaikum. Cantik. Semua wanita ternaluri menginginkannya. Pelbagai jenis cantik dicipta olehNya di dunia. Kebelakangan ini hatiku terusik merungkai satu perkara. Jenis cantik muka yang semakin kulihat dipapar sini sana. Tatarias muka (make up), makin hari makin banyak langkah-langkahnya. Power of make up banyak menjadi mentera. It’s an art, itu justifikasi yang diguna merata. Diusia tiga puluhan, aku tidak lagi terganggu dengan pelbagai cereka. Yang kukhuatir anak-anak gadis yang baru mendunia. Apa di sekeliling mereka itulah gurunya. Apa aku punya dendam dengan make up? Tiada. Masih lagi hari ini bersesuai masa kutepek bedak & gincu juga. Jadi apa isunya? Yang buat terusik hati wanitaku adalah kerana aku wanita Melayu, Asia Tenggara kedua, Asia ketiga dan seterusnya. Wajah kita unik dan tersendiri. Asian beauty, masih lagi bererti. Atau masih betulkah itu realitinya kini? Gusar juga kulihat wajah-wajah yang diangkat - bermata biru berkening coklat. Kulit harus putih merah,

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y