Puisi buatnya. Sedikit berkarat sejak yang pertama . Hala tujunya kuikutkan saja. Jemariku tekan melulu. Memanggil idea mengunjung benakku. Agak kaku, mungkin sedikit malu. Keteruskan. Angin meniup lembut diriku. Bukan di tepi pantai. Tapi di ruang tamu, berkipas. Hampir jam 6 di waktu petang. Esok cuti, terselit sedikit kelegaan di hati. Kutenung kaca mata di depanku. Dah lama tapi banyak berjasa. Saat ini aku terfikir. Senyum terukir di bibir. Barangkali tidak banyak di mata mereka. Namun diriku merasa gembira. Syukur kepadaNya. Aneh ataupun tidak. Gembira itu boleh datang tiba-tiba. Teringat kepada si bonda. Baru tadi kuterima mesej darinya. Tersenyumku membaca. Kata-kata indah wanita sempurna. Di mata anakanda. Bonda di FELDA, aku di kota. Tiga jam sahaja. Andai nak dikirakan. Jikaku bawa kereta. Jarak perjalanan. Selagi berdaya. Kan kujenguk sekerapnya. Selagi bekerjaya. Kan ku hulur seberapa sahaja. Setiap doa, biar yang baik sahaja. Yang baik sahaja dimakbulkan untukn...