Dua perkara aku belajar minggu lepas. Jujurnya, dua benda ini kupelajari di satu sesi makan tengahari dengan sahabatku. Cukup berilmu dia. Setiap tutur katanya, pasti ada ilmu tersirat yang dapat kuingat. Terima kasih sahabat yang bermanfaat. Masa. Lagi banyak guna, lagi banyak kita dapat. Matriks kebahagiaan / kekecewaan. Kita yang tetapkan pada diri sendiri. Masa Tertarik betul aku dengan formula ini. Yakni selalu kita merasakan tidak cukup nak dibuat itu mahupun ini dalam sehari. Rupa-rupanya bila kita buat sahaja tanpa fikir itu ininya, selesai. Semudah membersih rumah. Dulu selalu kurasa terkejar nak memvakum lantai si rumah sewa. Hinggalah ada satu masa kufikir, “Ahh.. buat saja, lama-lama tak terasa lecehnya.” Bila dah ter-rutin dalam diri, tanpa sedar ada masa mencari indoor-hobby. Dah lama kuteringin menghias ruang rumah dengan tumbuhan hijau. Letak pula dalam pasu kecil, comel - cukup ku igau. Alhamdulillah, adalah 3 pasu kini di rumah. Yang satunya kujaga dulu bagi piha...