Jadi alkisahnya saya diajak menyertai persembahan tarian India oleh rakan-rakan sekerja saya. Bos besar nak datang dari UK jadi kebetulan dengan sambutan Deepavali / Diwali di pejabat kami. Bukanlah persembahan profesional, untuk seronok-seronok saja. Tapi tetap kena berlatih juga kan? Persembahan 8 November 2017, tarikh mula latihan pula 1 November. Tambah tolak, ada 5 hari untuk berlatih koreografi. Hari 1 November itu pula, saya kebetulan masih belum sihat demam sepenuhnya. Mujur rakan-rakan dalam Whatsapp group kongsi medley lagu dan video sedutan semasa latihan. Dapatlah berlatih sikit di rumah bersaksikan kakak saya @ tukang komen. Screenshot video. Jangan tekan, tak boleh play pun 😜. Kenapa? Seni tarian (terutamanya tarian tradisional) memang dekat di hari saya. Tiga dari empat abang-abang saya merupakan penari tradisional dan koreografer tarian. Mereka ada kerjaya masing-masing tapi sangat aktif bergiat dari zaman sekolah sehingga alam bekerja secara sambilan dalam seni ...