Skip to main content

Posts

Melepaskan

Jam di dinding menunjukkan 8.47pm. Aku sedang menunggu ketibaan suami di rumah. Baru tadi aku selesai memasak dinner. Alhamdulillah. Cukuplah rasanya kari ikan bawal hitam, berteman sayur kobis & ikan masin untuk kami menjamu selera dengan nasi malam ini. Rezeki. Kalau di zaman bujang dulu cukup berat aku nak ke dapur. Mungkin inilah yang dikata lumrah bila dah berumahtangga. Memasak tak lagi terasa berat seperti dulu. Dalam seminggu dua ini banyak aku bermuhasabah diri - tentang melepaskan perkara-perkara yang berlalu dan yang terjadi. Barangkali kesan terapi yang kujalani sepanjang merawat sakit depresiku telah mengajarku cara ‘melepaskan’ ini. Dulu, hatiku sering terbeban dengan perkara-perkara ‘jika ini’, ‘jika itu’ sehinggakan aku tidak berada ‘in the moment’ dalam hidupku. Otakku sentiasa ligat memikirkan hari semalam apa yang jadi, esok lusa apa pula munculnya.  Ternyata hal-hal itu telah merampas nikmat diriku untuk berada in the moment. Lantaran aku juga tersangkut penyaki
Recent posts

Penemuan

5 Oktober 2019 Secawan susu suam dalam cawan oren di sisiku. Hampir habis kuhirup. Sambil mata aku melihat hasil belianku di KL Alternative Book Festival (KLABF) 2019 tadi. Maghrib sudah, makan malam pun sudah. Sedang dalam nak melapangkan perut kenyang tergerak hatiku nak menulis di malam Sabtu ini. Sebenarnya bukan perancanganku pun nak ke KLABF sana tadi. Agenda utama harini menghadiri majlis aqiqah anak kedua rakanku di Puchong di tengahari. Kebetulan suamiku mengajak ke sana lantaran aku tidak keberatan mengekorinya. Sesampai di Publika kami parking di B6, naik ke aras UG. Gulp, sempat kuteguk seketika susu di cawan tadi. Separuh jalan lagi nak habis ni. Sambung... Kulihat terdapat beberapa, tak banyak tapi kalau nak dikira mungkin ada dalam 10 ke 12 juga meja-meja yang menjual karya-karya mereka. Ada yang karyanya lebih radikal, punk-ish gitu ada juga anak-anak muda menjual zine & stickers comel - sempat kucapai beberapa.  Yang kucapai beberapa ni lah yang ku panggil PENEMUAN

Mengatasi Depression

Subhanallah, sudah terlalu lama aku tak menulis. Maaf kalian. Kini dah masuk 5 bulan 2 minggu kandunganku. Ya, pada 9 Mac lepas aku dah selamat bernikah & berwalimatul urus dengan suamiku. Syukur Alhamdulillah.  Nukilan pagi Ahadku. Sebulan lebih selepas itu, kami diberi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Dengan umur kami berdua 32 tahun, kami memang tidak ada merancang untuk melewatkan dapat anak. Menyegerakan juga tidak sebenarnya tapi kami hanya berserah padaNya jika sudah sampai waktu. Dan kalian pasti tahu dari post sebelum ini yang aku didiagnos dengan  Major Depressive Disorder (MDD)  sejak bulan Mei tahun lepas. Sememangnya pada awal ia menjadi tamparan berat buatku. Namun nikmat Allah itu sangat besar - dalam ketika ‘kejatuhan’ itulah aku diberi nikmat jodoh olehNya. Sang bakal suami muncul saat aku jatuh, padahal dari dulu kufikir hanya bila hidupku sudah sempurna baru jodoh bakal muncul. Bukan itu rupanya perancangan Dia. Menjadi wanita mengandung dan pada masa y

Cara Mendapatkan Bantuan Psikiatri

“Rasa macam nak gila!” “Mesti orang fikir aku dah tak siuman.” “Aku rasa macam dah tak guna hidup.” “Aku ni hidup menyusahkan orang je.” “Kenapa dada rasa sesak ni? Rasa macam nak mati je.” Pernah tak benda-benda ni terlintas di kepala? Jika pernah, JANGAN RISAU. Korang tak bersendirian. Jujur, aku sendiri pernah mengalami beberapa simptom di atas yang membuatkan aku nekad mencari pertolongan. Rakan-rakan sekalian, dalam dunia ni setiap manusia diuji dengan perkara-perkara berbeza. Kalau dulu bila seseorang cakap dia rasa macam nak hilang akal mesti cepat masyarakat cop dengan panggilan ‘GILA’. Scary kan? Memanglah scary, tapi ketahuilah bahawa sekarang ni di negara kita dah semakin banyak kesedaran dan kempen diadakan untuk ‘mengajar’ masyarakat untuk lebih tahu dan sensitif dengan isu MASALAH MENTAL. Ingat tu, masalah mental tak semestinnya gila. Pada aku yang gila ni orang yang nak tukar lorong atau masuk simpang tak bagi signal, orang yang suka potong barisan, orang yang kerja nak

Cried

I cried watching this. (Menangis aku melihatnya.) It sums up in a way what I try to tell myself and fellow women out there too. (Sesuatu yang tepat sekali merumuskan apa yang cuba kuberitahu kepada diri dan wanita di luar sana.) At the age of attaining perfect skin, perfect figure, perfect everything - we lose sight of how it traumatised everyday women watching the ‘perfection’.  (Di zaman mengejar kulit yang sempurna, bentuk badan sempurna - kita terlepas pandang bagaimana ianya mencetus trauma kepada wanita biasa yang menonton ‘kesempurnaan’ tersebut.) ALL of us are everyday women. We must never forget that.  (Jangan lupa - KITA SEMUALAH wanita biasa tu.) Don’t let the definition of beauty narrows - especially among us women. (Jangan benarkan definisi cantik seseorang perempuan disempit - terutama dari kalangan perempuan sendiri.)  #empower Note: I’ve edited the post to have Malay translation in the brackets.

Poyo

Seni itu poyo. Tapi tak mengapa. Namun, tak tumbuh bagaimana nak dijaga. Wow katanya dia, dalam hati apa yang dirasa? Walau detik tak terlihat, tanpanya jam takkan terbina. Kulihat dia, matanya nampak yang berbeza.  Pemilik bolanya tidak yang sama. Jamnya sudah petang, tapi panasnya masih terasa.  Ada masa, hujan ditengahari tatkala mengharap cerah ke petang. Bersyukurlah. 6.46am. Pengguna puisi mewarnai hati kadangkala terapi diri.

Panther

Masih ingat lagikah kalian? Akan si Panther? Sumber:  Facebook SI Home Shelter . Kucing tabah, yang kakinya patah. Rahangnya juga pecah. Kisah Panther pernah kuceritakan  di sini . Apa nak kukongsikan adalah rasa kegembiraan. Panther telah memenangi perjuangan. Terima kasih atas doa kalian, dan juga sumbangan. Aku tidak berpeluang menjaganya sendiri. Keadaan Panther semasa kritikal. TERIMA KASIH  SI HOME SHELTER Kerana kalian sudi. Kerana kalian pakar mengendali. Kehebatan pasangan suami isteri. Pengasas shelter yang cukup berdedikasi. Penyelamat kucing dan anjing tak bertuan. Semoga urusan sentiasa dipermudahkan.